Dr Noor Hisham kuarantin, siaran langsung kes Covid-19 dari rumah

Dr Noor Hisham kuarantin, siaran langsung kes Covid-19 dari rumah
Dr Noor Hisham kuarantin, siaran langsung kes Covid-19 dari rumah
A
A
A

EKORAN semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kini menjalani kuarantin kendiri di rumahnya.

Menurut laporan portal tempatan, tindakan tersebut disebabkan Dr Noor Hisham pernah menghadiri mesyuarat yang melibatkan menteri yang menjaga hal ehwal agama itu.

Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada media, susulan Dr Noor Hisham antara yang hadir dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober lepas.

Dr Noor Hisham akan mengadakan sidang media berjadual secara langsung dari kediamannya, tanpa kehadiran wakil media.

Dr Noor Hisham, yang telah bersiaran langsung sidang media Covid-19 di TV sejak Mac lalu, akan disiarkan dari Facebook rasmi Kementerian Kesihatan pada hari ini jam 5.30 petang.

Artikel berkaitan: “Kepada Allah saya berserah dan memohon pertolongan” – Dr Zulkifli Mohamad

Kementerian itu mengatakan Dr Noor Hisham akan memberikan maklumat terkini mengenai situasi Covid-19 dan akan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh media.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Dr Zulkifli dan Dr Noor Hisham adalah mesyuarat menteri mengenai Covid-19, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dan beberapa menteri lain turut kuarantin kendiri berikutan Dr Zulkifli disahkan Covid-19.

Semalam, Dr Zulkifli turut memohon orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan dengan segera.

Beliau juga memohon maaf kepada orang ramai dan bantuan yang kini sedang berlangsung melibatkan mahasiswa tetap akan diteruskan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca