Dr Sheikh Muszafar kongsi detik cemas bayi dalam perut tak bergerak

Dr Sheikh Muszafar kongsi detik cemas bayi dalam perut tak bergerak
September 24, 2020
Faezah Muda

MENERUSI satu posting yang dimuat naik di laman Instagram milik angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi video isterinya, Datin Dr Halina yang sedang melakukan scan untuk mencari degupan jantung bayi kembar yang sedang dikandung isterinya.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, mereka melalui satu pengalaman yang cukup traumatik malam tadi apabila bayi kembar dalam kandungan tidak bergerak selepas berlaku satu kejadian yang tidak diingini.

Katanya, mereka mengalami pengalaman yang cukup traumatik malam tadi apabila ketika kembar Adam dan Noah sedang bermain, secara tidak sengaja mereka terjatuh dengan kuat di atas perut Dr Halina.

Isterinya hanya mendiamkan diri sepanjang masa dan hanya memberitahu saya salah seorang kembar di dalam perutnya tidak bergerak atau menendang sudah lebih dua jam.

Tambah Dr Sheikh Muszaphar, dia berasa tidak sedap hati memandangkan kembar di dalam perut sangat aktif pada waktu malam terutamanya kembar perempuan.

 

View this post on Instagram

 

Video – Twin Baby in tummy wasn’t moving We had a traumatic experience last nite . The twins Adam & Noah were playing and accidentally fell on Dr Halina’s tummy . It was a big hard blow … Dr Halina was quiet the whole time and only told me one of the twins in the tummy was not moving or kicking for the past 2 hours . Hati pun tak sedap … Normally the twins in the tummy are very active at night especially the Girl twin . Not taking chances we went straight to the Emergency Department at 0100 in the morning . It was the longest 20 minutes drive . Both were quiet praying inside . I could see Dr Halina was in tears … Did an urgent Ultrasound Scan and Alhamdulillah both heartbeats were detected . Syukur sangat kepada Allah … I can’t imagine if anything happens to the unborn twins or to any of our kids – God forbid Nauthu Billah – I wanted to share to all pregnant mothers out there … Don’t take things for granted . Follow your instinct as Mothers know best . Make sure the baby is kicking well – at least 10 kicks within an hour . Do not delay going to the hospital. Every second matters … Pregnant mothers need to be knowledgeable on their unborn in whatever circumstances . Expect the unexpected The Spouse need to be there at all times supporting each other . It could happen to anyone … Salam Everyone Love As Always PS – Do pray for Dr Halina to have a smooth pregnancy Everyone . Amiinn … Amiinn … Repeating another Scan today – InsyaAllah

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Artikel berkaitan: ‘The best picture in Malaysia 2020’- Warganet terharu gadis lindung nenek pakai fail

Oleh kerana tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi, mereka terus ke bahagian kecemasan pada pukul 1 pagi.

Kata beliau, setelah dilakukan Ultrasound Scan, degupan jantung kedua bayinya kembali berdegup.

“Syukur sangat kepada Allah. Saya tak dapat bayangkan jika sesuatu berlaku kepada kembar yang belum lahir atau mana-mana anak kami. Minta Tuhan jauhkan, Nauthu Billah,” tulis Sheikh Muszaphar.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan kepada semua ibu yang sedang mengandung di luar sana supaya tidak mengambil mudah dalam apa jua keadaan yang berlaku.

Ikut firasat dan rasa anda kerana seorang ibu lebih mengetahui. Pastikan anak dalam kandungan sentiasa menendang, sekurang-kurangnya 10 kali dalam sejam.

Katanya, jangan tangguh untuk ke hospital. Setiap saat sangat getir. Setiap ibu mengandung perlu ada pengetahuan tentang anak yang dikandung dalam apa juga keadaan.