PERNAH tak terfikir punca berlakunya sakit bahagian belakang badan. Ketidakselesaan menjadi serba tidak kena baik ketika berdiri, berjalan mahupun duduk dalam tempoh yang lama.

Bagi mereka yang terpaksa bekerja dari rumah dek peningkatan kes positif Covid-19, pastinya kesakitan bahagian belakang antara masalah harian kerap dihadapi.

Persoalannya, mengapa keadaannya semakin menjadi-jadi tatkala bekerja di rumah berbanding kita bertugas di pejabat?

Adakah faktor persekitaran punca utama berlakunya sakit pinggang, belakang badan dan leher?

Tidak dinafikan bekerja di rumah dapat mengurangkan kadar jangkitan wabak Covid-19 kerana kita penjarakan fizikal.

Pun begitu, menurut UT Southwestern Medical Center, bekerja dari rumah mendorong mencetuskan kesakitan bahagian pinggang, leher, kaki dan bahu dalam kalangan pekerja. Kesakitan itu sama ada baharu dialami ataupun bertambah teruk.

Apakah puncanya? Ini disebabkan rumah peribadi telah ‘bertukar’ menjadi pejabat.

Kebanyakan individu yang bekerja di rumah perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan melakukan pengubahsuaian segera bagi membolehkan kerja berjalan seperti biasa.

Antaranya menggunakan susunan buku sebagai meja manakala bekas kopi pula untuk menampung monitor.

Ini termasuklah, bersandar pada kerusi yang tidak memberikan sokongan lumbar atau tulang belakang.

Boleh dikatakan kebanyakan peralatan digunakan cenderung memiliki sifat ergonomi yang lemah. Dalam erti kata lain, tidak bersesuaian dengan keperluan unik tubuh.

Hakikatnya, tidak kira di mana pun ruang pilihan korang ketika bekerja di rumah, tidak mustahil wujud kemungkinan posisi duduk yang tidak sesuai!

Lebih-lebih apabila kita duduk terlalu lama.

Sekiranya bekerja di rumah untuk jangka masa singkat, mungkin bukan isu besar. Bagaimanapun, kita sendiri tidak pasti berapa lama tempoh pandemik ini dan sampai bila perlu bekerja di rumah.

Bukan sahaja duduk, postur badan ketika berdiri dan tidur penting untuk tulang

Sebelum mengetahui tip untuk mencegah kesakitan, jom kita teliti simptom umum sakit
belakang.

Menurut Patient, setiap individu boleh mengalami sakit belakang pada satu masa dalam hidup mereka.

Jenis sakit belakang paling biasa adalah sakit bahagian belakang bawah yang menjejaskan sekitar lapan daripada 10 individu.

Sakit bahagian pinggul adalah sakit yang dirasai dari bahagian leher hingga ke bahagian bawah badan. Ia boleh jadi kesakitan ringan dan sekejap hingga ke parah atau berlanjutan.

Sakit yang dialami boleh berlaku dengan alasan jelas seperti terjatuh atau mengangkat benda berat.

Adakalanya sakit belakang akan menyebabkan gejala lain seperti:

  • Sakit pada kaki atau tapak kaki.
  • Sakit punggung atau paha.
  • Lemah pada satu atau kedua-dua kaki.
  • Rasa mencucuk pada satu atau kedu-dua kaki.
  • Sensasi lain pada kaki seperti rasa kehangatan atau terbakar.

Apakah punca sakit belakang?

Berdasarkan penjelasan daripada pihak University of Michigan, Amerika Syarikat sakit belakang badan mungkin berpunca:

  • Penggunaan otot secara berlebihan, ketegangan otot atau kecederaan pada otot, ligamen dan cakera yang menyokong tulang belakang.
  • Postur yang lemah.
  • Tekanan pada saraf tunjang daripada masalah tertentu seperti cakera herniated.
  • Keretakan pada salah satu tulang belakang.
  • Osteoartritis.
  • Kesakitan myofascial.

Sementara itu, dalam kes yang jarang berlaku rasa sakit mungkin disebabkan oleh masalah lain seperti penyakit pundi hempedu, barah atau jangkitan.

Namun, pasti ada antara korang yang mempertikaikan bahaya duduk terlalu lama, bukan? Mana mungkin dengan hanya duduk sahaja boleh mendatangkan bahaya! Di situlah anda salah.

Menurut Start Standing apabila tidak aktif, otot korang akan kurang mendapat oksigen dan nutrien daripada darah.

Malah, sehingga 90 peratus lebih banyak tekanan diberi kepada punggung ketika duduk, berbanding semasa berdiri.

Ia berlaku sama ada semasa di tempat kerja, di dalam kenderaan ataupun di rumah.

Duduk dalam jangka masa panjang, fleksor pinggul berada dalam posisi yang pendek, menyebabkan hamstring bekerja lebih kuat. Ini mengakibatkan kecondongan pelvis anterior (APT).

Kesan APT boleh menyebabkan sakit belakang, mekanik pergerakan yang lemah (ketika berjalan, bersukan dan banyak aktiviti lain).

Iklan

Selain itu, berlakunya reciprocal inhibition apabila satu otot pada sebelah sisi mengendur kerana otot lawan terlibat.

Jadi selain daripada duduk, apakah mungkin ada perkara lain yang turut mencetuskan sakit belakang?

Menurut seorang Profesor Ortopedik di UNC School of Medicine, Dr Moe R. Lim, beberapa tabiat harian lain turut menyumbang punca sakit bahagian belakang seperti:

  • Merokok
  • Memakai kasut yang salah
  • Tidur yang tidak mencukupi

Berikut beberapa cara yang boleh mengatasi masalah sakit belakang, leher ataupun bahu seperti disarankan oleh Versus Arthritis:

1. Bersenam

Berada dalam keadaan aktif adalah cara penting untuk membantu diri mengatasi masalah sakit belakang. Pergerakan yang banyak dapat membantu bahagian punggung untuk mengekalkan jarak pergerakan semula jadi.

Individu yang kurang bergerak berisiko mengalami kenaikan berat badan dan penurunan otot. Dalam masa sama, ia penyebab atau memburukkan lagi sakit otot dan sendi yang ada.

Bersenam secara berkala akan mengurangkan kekerapan anda daripada mengalami sakit belakang.

Jenis senaman disarankan:
– Berenang
– Berjalan
– Yoga
– Pilate

PASTIKAN anda merujuk pakar sebelum mengubah suai dos ubat semasa bulan puasa.

2. Ubat tahan sakit

Ubat penahan sakit sederhana dapat membantu mengurangkan gejala dan membolehkan korang meneruskan aktiviti seharian.

Ubat tahan sakit atau ubat anti-radang nonstreoid (NSAID) juga berkesan dalam mengurangkan gejala yang menjadi punca sakit pinggang.

Bagaimanapun, pastikan korang mendapat rujukan doktor sebelum mencuba sebarang ubat antiradang nonsteroid yang lebih kuat fungsinya.

Iklan

Selain itu, terdapat krim atau gel antiradang yang disapu pada bahagian sakit. Tapi, berhati-hati ketika menggunakan atau mengambil sebarang NSAID.

3. Pad panas atau ais

Meletakkan pad panas ke bahagian terjejas dapat meredakan kesakitan dan kekebasan. Korang boleh menggunakan pad panas yang boleh digunakan semula, beg gandum gelombang mikro atau botol berisi air panas.

Mandian dan pancuran air panas juga turut boleh memberikan kesan kelegaan yang sama. Selain itu, boleh juga menggunakan pek ais atau sebungkus pek kacang pis beku untuk membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

Baca juga “Ingat demam biasa, lepas seminggu sah positif. Perasaan koyak anak 8 bulan pun kena”- Peguam dedah pengalaman Covid-19

4. Postur duduk

Duduk terlalu lama merupakan antara faktor biasa penyebab sakit belakang. Jadi untuk mengatasi disarankan menjaga postur tubuh ketika duduk, tidak kira sama ada ketika bekerja di rumah, di tempat kerja ataupun semasa di dalam kereta.

Posisi duduk yang tidak selesa atau canggung menjejaskan tisu lembut pada pinggul yang berfungsi menyokong tulang belakang dan keadaan tersebut akan meningkatkan rasa sakit pinggang atau belakang.

Kesakitan tulang belakang dan sakit pinggang dapat diatasi dengan menggerakkan otot yang sakit.

Segera dapatkan rawatan dan nasihat pakar jika sakit belakang, pinggang, bahu dan leher yang dialami tidak hilang selepas mengamalkan beberapa tip berikut.

Jangan menderita dalam diam! Semoga perkongsian ini bermanfaat!