SEMAKIN hari semakin menakutkan melihat angka kematian dan kes baharu jangkitan Covid-19 kembali mengganas di negara ini sehingga mencecah lebih 4000 sehari.

Ingat ya, jangkitan Covid-19 tidak mengenal sesiapa. Tidak kira muda atau tua, lelaki atau wanita, dewasa atau bayi kita semua berpotensi ‘diserang’ wabak tersebut.

Malah, bertambah teruk jika seseorang yang telah dijangkiti lansung tidak menunjukkan sebarang gejala.

Seperti mana dikongsikan oleh seorang peguam dikenali Raafiq Zakaria @Raaf yang mendedahkan pada mulanya beliau hanya demam biasa.

“Aku demam dan sakit tekak lalu pergi dua klinik. Diagnosed sebagai demam biasa, tonsil bengkak. MC sehari (Jumaat). Ahad demam gone dah, suhu dalam 35° – 36° macam tu. Next Selasa pergi mahkamah, pergi ofis. Malam Selasa baru sedar hilang deria bau. Rabu test, Khamis pagi sah positive.

“Khamis malam itu juga kena angkut pergi pusat kuarantin. Memang suasana macam dorm 70 peratus penuh. Dalam 150 orang jugaklah warganegara. Tapi peliknya, sangat-sangat jarang dengar orang batuk bersin. Walhal semua positif Covid-19 tu,” tulisnya di Twitter baru-baru ini.

Vaksin Covid-19

Menurut beliau, kebanyakan pesakit di pusat kuarantin dikatakan mendapat jangkitan berpunca di tempat kerja.

“Hari berikutnya baru tau, majoriti memang dapat kat kilang. Safe to say 80 peratus dari kilang. Siap setiap hari geng-geng kilang yang duduk di dalam tu sudah tahu siapa yang nak mai.

“Dan geng-geng kilang ni, kebanyakan memang tiada gejala, tapi sangkut sebab masa testing berkala yang kilang buat. So benda ni, kalau tak test, memang tak tau. Hang mungkin sekarang ni duk bawak virus tu. Benda ni memang sah dalam komuniti. Apa KKM cakap tu memang real,” tegasnya.

Selain Raafiq, dua anaknya juga positif Covid-19.

Iklan

Baca juga Gara-gara post video anak kejar jenazah ayah, FB rakyat Malaysia tunggal di Gaza disekat

“Aku kalau tak hilang bau hari Selasa, memang takkan buat test. Sebab demam dah okay, sakit tekak pun dah sangat-sangat kurang. Memang macam demam biasa. So kalau tak hilang bau tu, memang takkan tahu aku ada Covid-19 dan takkan tahu dua orang anak aku pun positif.

“Kakak dan adik berusia lapan bulan. Yang kakak demam satu malam ja, tu pun sangat mild, 37°. Yang adik demam tiga jam rasanya, hari aku dapat test result. Kalau aku tak pergi test, kakak akan continue pergi tadika dan adik pergi pengasuh.

“Aku tak tau siapa yang baca benda ni, tapi ni the least aku boleh buatlah untuk bagitau sesiapa yang baca ni, benda ni cukup bahaya. Kalau tak kena, memang takkan sedar. Perasaan aku bila dapat tahu dah jangkitkan anak yang lapan bulan memang tak tau nak kata. Koyak.

Awas! PKRC Maeps 2.0 kritikal, pesakit Covid-19 kategori 3 semakin bertambah

Iklan

“Aku pun tak tahu aku dapat dari mana. Tapi yang berkait dengan aku ada lagi enam orang. Anak dua orang, bos, officemate dan husband dia, cikgu tadika kakak. Aku yang 1st tested positive. Dalam semua ni, aku sorang ja hilang bau. Boss tiada gejala langsung.

“Officemate and husband dia start bergejala dulu. Tapi boleh jadi aku yang jangkitkan depa, tapi gejala aku lambat. Boleh jadi aku dan officemate dapat daripada bos yang tiada gejala dan boleh jadi juga cikgu tadika kakak jangkitkan kakak dan kakak bawa jangkitkan aku,” tulis beliau lanjut.

Justeru, pada saat genting sebegini hapuskanlah tanggapan Covid-19 tiada dalam persekitaran terdekat. Bimbang individu positif tanpa gejala itulah yang semakin mengganas menjangkiti.

Terus amalkan penjarakan fizikal sekurangnya satu meter dan sentiasa memakai pelitup muka. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer.