Dulu baju, kuih, duit raya, kini dos penggalak termasuk persiapan Aidilfitri, langkah terbaik lindung diri, keluarga

raya111
raya111
A
A
A

MUNGKIN terlalu awal untuk bicara tentang Hari Raya Aidilfitri, pun begitu lebih kurang sekitar empat bulan lagi, umat Islam akan meraikannya.

Namun yang menjadi persoalan ramai sekarang adakah kita berpeluang meraikan 1 Syawal seperti tiga tahun lalu iaitu sebelum dilanda pandemik Covid-19?

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Setelah dua tahun beraya di perantauan dengan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19 amat menyedihkan ramai.

Semoga tahun ini kita kembali boleh menyambut hari kemenangan tersebut bersama ibu bapa dan keluarga tercinta di kampung.

Dalam pada itu, umum turut maklum pemberian dos penggalak (booster) untuk penerima vaksin Covid-19 bertujuan untuk meningkatkan perlindungan kepada virus berkenaan.

Justeru, orang ramai yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 kini disaran menyegerakan pengambilan dos penggalak sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Perancis henti gaji, tak benarkan frontliners belum suntik vaksin bertugas

Itu berikutan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan suntikan dos penggalak tersebut perlu diambil sebagai perlindungan diri dan ahli keluarga daripada risiko akibat Covid-19.

"Sila dapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 untuk pelindungan diri dan keluarga sebagai satu usaha bersama kesiapsiagaan menyambut Hari Raya nanti. Insya-ALLAH," tulis beliau di laman Twitternya.

Pada masa sama, Noor Hisham memaklumkan setiap vaksin mempunyai kesan sampingan seperti kesakitan otot, demam atau sakit kepala.

Namun, keadaan tersebut bukanlah satu petanda yang buruk.

"Sedikit ketidakselesaan untuk hasil yang lebih baik, Insya-ALLAH," katanya.

Sementara itu, kenyataan itu dilihat telah mencetuskan pelbagai reaksi warga maya.

Ujar mereka;

"Dulu persiapan raya... baju raya, kuih raya, duit raya. Sekarang tambah lagi satu dos penggalak raya."

"Persiapan untuk Aidilfitri... Jangan nanti keluar announcement 'rentas negeri tidak di benarkan'."

"Nanti mulalah cakap siapa tak ambik penggalak tak boleh solat raya, tak boleh rentas negeri."

Baca juga Sijil vaksin ’terbang’ boleh undang bencana, polis dedah doktor kaut untung jual sijil palsu RM400-RM500

"Bagi saya masa untuk berfikir sejauh dan sedalam yang mgkin untuk ambik dos yang ke tiga ini."

"Persoalan sekarang boleh balik kampung ke tak kalau amik dos 3? Raya memang umat Islam beraya."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca