Dulu ‘budak lajak’ kini ‘mat lajak’ pula buat hal, Malaysia perlu peraturan khas!

Dulu ‘budak lajak’ kini ‘mat lajak’ pula buat hal, Malaysia perlu peraturan khas!
Dulu ‘budak lajak’ kini ‘mat lajak’ pula buat hal, Malaysia perlu peraturan khas!
A
A
A

SINARPLUS percaya rata-rata dalam kalangan kita pasti mengenali dan mendengar tentang kewujudan budak basikal lajak.

Mana tidaknya, sudah terdapat beberapa kes tentang mereka telah tular dan heboh diperkatakan orang ramai malahan menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar tempatan yang mengulas isu tersebut.

Kemalangan sering berlaku dek kerana kecuaian mereka yang tidak menitikberatkan soal keselamatan kenderaan dan cara tungganggan yang sangat bahaya.

Namun kini lain pula jadinya. Hari demi hari trend berbasikal dilihat semakin digemari oleh orang ramai sehingga wujud pula istilah ‘mat lajak’.

Hampir setiap hari minggu kawasan-kawasan rekreasi dan tumpuan sering menjadi laluan utama mereka untuk membuat kayuhan.

Malangnya, ada segelintir daripada mereka juga gemar membuat kayuhan pada malam hari dan ada juga yang mengambil laluan tidak sepatutnya yang mampu mengundang bahaya seperti di lebuh raya.

Walaupun berbasikal disifatkan dapat membantu mewujudkan masa depan yang lebih sihat dan lestari, namun begitu, aktiviti berbasikal di jalan raya sebenarnya turut mengundang risiko kemalangan yang juga boleh mengakibatkan kemalangan nyawa. Sama seperti isu basikal lajak yang heboh diperkatakan satu masa dahulu.

Seperti yang kini sedang tular di media sosial yang mana dapat dilihat sekumpulan penunggang basikal dilihat cuba untuk menukar laluan di lebuh raya utama yang penuh sesak dengan kenderaan berat.

Pergerakan laju kenderaan di lebuh raya boleh membahayakan penunggang basikal terutama jika mereka berbasikal dalam kumpulan.

Pastinya sedikit kecuaian sahaja sudah mampu untuk mencetuskan kemalangan jalan raya atau lebih malang lagi ia mampu meragut nyawa.

Justeru Malaysia boleh mencontohi beberapa negara dalam memperkenalkan undang-undang khusus penggunaan basikal.

Memetik laporan portal media tempatan, Pakar Keselamatan Jalan Raya, Prof Dr Law Teik Hua berkata, undang-undang khusus itu antara penyelesaian terbaik bagi menjaga keselamatan semua pengguna jalan raya termasuk mereka yang berbasikal.

Apatah lagi, Malaysia memang tidak mempunyai sebarang undang-undang atau peraturan tentang kesalahan penggunaan basikal di jalan raya.

Bagaimanapun, Teik Hua berkata, undang-undang itu tidak harus ditumpukan kepada ketidakpatuhan beberapa kumpulan remaja ‘mat lajak’ yang berbasikal secara cuai atau berbahaya malah perlu mengambil kira semua pengguna basikal di negara ini.

Baginya, walaupun penunggang basikal mematuhi tata cara keselamatan yang ditetapkan, mereka masih terdedah kepada risiko sebaik saja berada di jalan raya sekiranya tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Aktiviti penunggang basikal lajak serta mereka yang beriadah dengan basikal di jalan raya menjadi perhatian selepas beberapa kemalangan maut membabitkan golongan itu.

Ingat, jangan sampai nanti dah melibatkan kemalangan nyawa dengan kuantiti yang lebih besar dan mengerikan baru nak bertindak.

Buat ‘mat-mat lajak’ pula patuhilah undang-undang dan kayuhlah dengan berhemah serta jadilah pengguna yang bijak.

Selamat berkayuh!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca