Bukan sekadar larian, Skechers Friendship Walk 2025 eratkan komuniti & sumbang RM10,000 kepada NCSM

No Image Caption
A
A
A

SETIA Alam, Selangor bertukar menjadi lautan biru pada hujung minggu lalu apabila lebih 8,000 peserta hadir memeriahkan Skechers Friendship Walk 2025 yang berlangsung di The Oval Lawn, Setia City Convention Centre.

Bukan sekadar larian biasa, acara penuh energi itu mencuri perhatian dengan pelancaran Hands Free Slip-Ins® GOwalk® 8, kasut inovasi baharu Skechers yang sarung terus tanpa perlu tunduk atau mengikat tali.

Praktikal, ringan dan selesa, ia menjadi pilihan ramai termasuk selebriti Jaclyn Victor, bekas jaguh badminton Chan Peng Soon dan legenda bola sepak Indra Putra.

No Image Caption

Dengan tema Hari Sukan, edisi kali ini menawarkan dua kategori utama iaitu 10KM Competitive Run dan 5KM Leisure Walk. Para peserta juga diberi peluang mencuba teknologi keselesaan Skechers seperti replika gergasi ULTRA PILLARS™ dan tapak Air-Cooled Goga Mat™.

No Image Caption

Lebih daripada sekadar larian, acara ini mengangkat mesej gaya hidup sihat dan kepedulian sosial. Skechers meneruskan tradisi amalnya dengan menyumbang RM10,000 kepada Persatuan Kanser Nasional Malaysia (NCSM). Penolong Pengarah Perubatan NCSM, Dr. Rutresh menerima sumbangan itu bagi membantu usaha kesedaran, pencegahan awal dan sokongan terhadap pesakit kanser serta keluarga mereka.

Menurut Pengarah Pemasaran Serantau Skechers Asia Tenggara, Eileen Tan, penganjuran kali ini bukan sahaja menyatukan komuniti, malah menjadi simbol sokongan terhadap perjuangan kesihatan.

No Image Caption

Katanya, pihaknya sangat teruja melihat lebih 8,000 peserta berkumpul seawal pagi. Selain meraikan gaya hidup aktif dan mengeratkan hubungan, mereka juga bersama-sama menyokong perjuangan yang dekat di hati masyarakat.

Dalam saingan kompetitif, Sanjay Manimaran menjuarai kategori lelaki 10KM dengan catatan masa 32 minit 55 saat, manakala kategori wanita dimenangi Nurul Juliana Shakira Abdul Halim dengan masa 40 minit 03 saat.

No Image Caption

Acara menjadi lebih meriah apabila hadiah utama berupa bekalan kasut Skechers selama setahun bernilai RM6,000 dimenangi peserta bertuah, Tan Bing Tatt, sekali gus menutup tirai dengan sorakan gemuruh.

No Image Caption

Keseluruhannya, Skechers Friendship Walk 2025 bukan sekadar acara larian atau jalan santai. Ia adalah manifestasi bagaimana jenama sukan mampu menggabungkan gaya hidup aktif, inovasi teknologi kasut dan semangat komuniti dalam satu pengalaman yang penuh makn

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang