Eco-Shop serikan raya! Hadiah RM20,000, beg eksklusif & kolaborasi bersama Marsha Milan menanti!

No Image Caption
A
A
A

BAHANG Ramadan dan Syawal kian terasa! Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan Aidilfitri tahun ini, Eco-Shop dengan bangganya melancarkan kempen istimewa Jom Serikan Raya Bersama Eco-Shop yang berlangsung sehingga 12 April 2025.

Inisiatif itu menjanjikan pelbagai promosi eksklusif, hadiah menarik serta kolaborasi istimewa bersama pemenang Anugerah Juara Lagu 2025, Marsha Milan.

Kempen tahun ini memberi peluang kepada setiap isi rumah di Malaysia untuk menyambut Syawal dengan penuh warna-warni menerusi tawaran hebat dan dekorasi yang mampu milik.

No Image Caption



Dalam usaha menyuntik semangat perayaan yang lebih menyeronokkan, Eco-Shop sekali lagi berkolaborasi dengan Marsha Milan untuk menghasilkan sebuah muzik video Raya yang penuh ceria dan menggamit suasana istimewa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eco-Shop Malaysia, Jessica Ng, misi pihaknya sentiasa tertumpu kepada menjadikan kehidupan berkualiti lebih mampu milik buat semua rakyat Malaysia.

No Image Caption



"Tahun ini, kami bukan sahaja menawarkan produk, tetapi juga pengalaman yang mencipta kenangan bermakna.

"Kempen Jom Serikan Raya Bersama Eco-Shop adalah bukti komitmen kami untuk terus menjadi sebahagian daripada perayaan paling bermakna di Malaysia," ujarnya.

Menambahkan lagi keceriaan Raya, Eco-Shop turut memperkenalkan peraduan Shop & Win yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM20,000.

No Image Caption



Dua pemenang utama bakal membawa pulang set sofa bernilai RM5,000 setiap satu, manakala dua pemenang pertama akan menerima set meja makan bernilai RM3,000 setiap satu.

Selain itu, 40 pemenang bertuah akan membawa pulang baucar Eco-Shop bernilai RM100 setiap seorang.

Bagi ahli Eco-Shop, pembelian minimum RM60 dalam satu resit melayakkan mereka untuk menebus beg kitar semula edisi terhad Jom Serikan Raya Bersama Eco-Shop secara percuma.

No Image Caption



Kelestarian alam

Direka khas untuk kempen ini, beg eksklusif ini bukan sahaja bergaya tetapi turut menekankan kepentingan kelestarian alam sekitar. Namun, tawaran ini hanya tersedia selagi stok masih ada.

“Hari Raya adalah tentang mengeratkan hubungan bersama keluarga, tradisi, dan nilai kemasyarakatan.

"Kempen ini memperkasa hubungan tersebut dengan tawaran yang bukan sahaja menghormati kepentingan perayaan, malah memenuhi keperluan pelanggan kami.

"Sama ada menerusi peraduan, barangan edisi khas, atau muzik video Raya bersama Marsha Milan, kami komited menjadikan Raya tahun ini lebih meriah dan bermakna,” tambah Jessica Ng.

Sebagai sebahagian daripada tawaran perayaan, Eco-Shop turut memperkenalkan perkhidmatan Hadiah Hamper di lebih 300 cawangan di seluruh negara.

No Image Caption



Dengan harga serendah RM30, pelanggan boleh memilih hamper menarik yang dipenuhi dengan keperluan perayaan, memudahkan perkongsian kegembiraan Aidilfitri bersama orang tersayang.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai tawaran istimewa dan memeriahkan Raya anda dengan Eco-Shop!

Untuk maklumat lanjut, kunjungi cawangan Eco-Shop berdekatan atau layari laman rasmi mereka hari ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang