Larangan tulis mengenai Zayn Rayyan di laman sosial? Peguam ini kongsi 6 info Gag Order yang ramai tak tahu

No Image Caption
A
A
A

DALAM perbicaraan kes pembunuhan kanak-kanak istimewa, Zayn Rayyan, pasukan pembelaan ibu bapanya memohon perintah larangan bersuara di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari ini bagi mengelakkan orang ramai membuat sebarang kenyataan berhubung kes berkenaan.

Peguam, Fahmi Abd Moin berkata demikian selepas Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu sehingga mungkin menyebabkan kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu.

Apa sebenarnya perintah larangan bersuara atau Gag Order ini? Berikut penerangan daripada Peguamcara dan Peguambela, Nor Zabetha Muhamad Nor dari Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co.

1-Gag Order ialah perintah menghalang komen dan hantaran di media sosial tentang kes berkenaan yang boleh menganggu perjalanan perbicaraan kelak.

2-Mahkamah setelah mendengar hujahan peguam kedua-dua tertuduh dan pendakwaraya bersetuju untuk memberi Gag Order kepada pihak-pihak yang terlibat sahaja.

3-Peguam menjelaskan lagi, pihak yang terlibat iaitu mereka sebagai peguambela, kedua-dua tertuduh, ahli keluarga mereka dan pendakwa raya sahaja.

No Image Caption

4-Ini bermakna orang awam berhak bersuara dan menulis.

5-Ini kerana, jika penulisan satu pihak daripada tertuduh, tidak mungkin pihak penyiasatan dan pendakwa raya hendak melawan melalui tulisan kerana kes di mahkamah yang perlu diselesaikan.

6-Perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan tentang kebebasan bersuara tetapi perlu menjaga juga batas-batas dan tidak keterlaluan.

Dalam pada itu, beliau menyokong tindakan mahkamah mengeluarkan perintah berkenaan terhad kepada pihak yang terlibat sahaja dan tidak menyeluruh.

No Image Caption

"Saya percaya, mahkamah juga ambil maklum bahawa kes ini melibatkan isu kepentingan awam. Seorang anak autisme yang mati dibunuh. Dia bukan lemas, dia bukan tak sengaja terjatuh. Dia mati dibunuh. Siapa pelakunya?

"Takkanlah mulut kita dikunci pula untuk meluahkan seruan keadilan buat anak ini?

Walaupun banyak tuduhan-tuduhan dibuat pada proses siasatan oleh orang awam. Polis main hentam, pendakwaan begitu begini, mahkamah itu ini.

Baca juga: Peguam pernah kendali kes akui Cikgu Fadli contoh terbaik, berdisplin & berwibawa.' Bukan pempengaruh semata-mata, dia berani kerana benar'

No Image Caption

"Masih juga mahkamah Sesyen tidak membenarkan Gag Order terhadap kita orang awam walaupun sistem siasatan dan keadilan dihentam. Kerana kita bebas bersuara dan kerana isu ini kepentingannya untuk bawa keadilan kepada arwah," kata Nor Zabetha.

Dalam pada itu, beliau berharap masyarakat terus bersuara mengenai jenayah kejam demi mendapatkan pembelaan kepada kematian tragis anak syurga itu.

"Jangan kita terus kita diamkan tentang anak ini. Terus bersuara.

"Keadilan sewajarnya untuk Zayn yang dizalimi," katany Nor Zabetha.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang