SinarPlus genap 5 Tahun! Anjur program Borak Anak Muda, kupas Isu Work-life balance. Santai tapi bermakna!

PADA 20 Mac lalu, SinarPlus berkesempatan menyambut ulang tahunnya yang ke-5 dengan penuh meriah dalam sebuah majlis yang diadakan di Lobi Karangkraf.
Bertemakan rona merah jambu, majlis itu dihadiri oleh 50 orang tetamu khas, terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi.
Selain meraikan ulang tahun, program pada hari tersebut turut diisi dengan sesi perbincangan bermakna menerusi slot Borak Anak Muda yang bertajuk Work-Life Balance: Dilema Anak Muda.

Program berkonsepkan podcast itu menampilkan dua figura popular dalam dunia media sosial, iaitu penyampai radio Era FM, Munaa Bella dan TikToker yang dikenali sebagai Tenstatic.
Kedua-dua tetamu berkongsi pandangan dan pengalaman mereka mengenai cabaran menyeimbangkan kehidupan peribadi dan kerjaya dalam dunia serba moden ini.

Topik hangat berkenaan sesuai dengan situasi yang berlaku ketika ini yang mana segelintir anak muda mengakui memilih kerja bukan untuk kepentingan peribadi tetapi demi kelangsungan hidup. Pada masa sama, masih ada masa untuk bersama keluarga.
Perbincangan yang santai tetapi penuh bermakna itu berjaya menarik perhatian hadirin dan memberi manfaat kepada mereka yang ingin mencapai keseimbangan dalam kehidupan seharian.
Majlis turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah yang ditaja oleh Hotel Le Quadri by UCSI Kuala Lumpur, Hotel Eastin Kuala Lumpur, busana cantik dari Variante, UV ecare sunscreen, telekung Siti Murni dan juga Econsave.

Sebaik sahaja majlis selesai, semua team SinarPlus bersama dengan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli dijemput untuk bersama-sama memotong kek ulang tahun yang ditaja oleh Hotel Mardhiyyah, TV Al-Hijrah dan juga Estelle Beauty.
Kemudian, semua peserta dijemput untuk berbuka puasa bersama-sama di Iftar Ala Madinah Karangkraf.
Majlis ulang tahun ini bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan pencapaian SinarPlus, tetapi juga berjaya menghubungkan anak muda dalam sesi perkongsian ilmu dan pengalaman yang bermakna. Diharapkan SinarPlus terus maju jaya dalam menyampaikan kandungan berkualiti kepada pembaca dan pengikut setianya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang