Sunway Healthcare Group lancar KNOW Diabetes, tingkat kesedaran orang ramai tentang kencing manis

No Image Caption
A
A
A

SABAN hari ada sahaja kes individu yang menghidap kencing manis. Sehubungan dengan itu, sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia 2024, Sunway Healthcare Group (SHG) melancarkan KNOW Diabetes dengan mesej “Prevention is Power” bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik rakyat Malaysia mengenai impak Diabetes.

Kempen yang dipacu oleh salah sebuah penyedia kesihatan swasta bersepadu terkemuka ASEAN itu berfokus kepada pendidikan makanan dan pelarasan diet yang mudah dengan penekanan kepada pengambilan makanan bernutrisi bagi mengurangkan risiko diabetes.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 15.6 peratus atau satu dalam enam orang dewasa menghidap diabetes, dengan 84 peratus belia muda dan dewasa dalam lingkungan umur 18 hingga 29 tidak sedar dengan fakta tersebut. Dijangkakan tujuh juta orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas akan menghidap pra-diabetes atau diabetes menjelang tahun hadapan.

Tinjauan tersebut sebelum itu mendedahkan, kelaziman diabetes meningkat dari 11.2 peratus pada 2011 kepada 13.4 peratus pada 2015 dan 18.3 peratus pada 2019, dengan peningkatan keseluruhan sebanyak 68.3 peratus.

Presiden SHG, Dato’ Lau Beng Long berkata, diabetes dan komplikasi penyakit berkenaan bukan sahaja telah menyerang ribuan rakyat Malaysia dan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan, kualiti kehidupan dan perhubungan mereka, malah turut menjadi beban kepada kesihatan awam dan pertumbuhan sosioekonomi.

No Image Caption

“Kami percaya bahawa maklumat dan ilmu pengetahuan merupakan kunci kepada pencegahan bagi menghalang lebih ramai individu menjadi mangsa diabetes. Oleh sebab itu, kempen KNOW Diabetes dan mesej ‘Prevention is Power’ memfokuskan pendidikan kepada orang awam mengenai faktor utama diabetes iaitu makanan yang diambil dan bagaimana ia boleh meningkatkan atau mengurangkan risiko menghidap diabetes.

“SHG ingin mengekalkan komitmen kami untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dan mematuhi tema Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2024 iaitu ‘Empowering Global Health’. Kami berhasrat untuk mencapainya dengan mengukuhkan kedudukan kami sebagai sebuah kumpulan yang memberi balik kepada masyarakat melalui tawaran kemudahan kesihatan yang baik serta meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai bahaya diabetes," kata beliau.

No Image Caption

Kempen yang berlangsung selama sebulan bermula 1 hingga 30 November ini sejajar dengan tema utama Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang bukan sahaja mementingkan kesihatan individu tetapi turut meletakkan kepentingan bagi komuniti untuk bekerjasama dalam membanteras diabetes.

Program menyeluruh KNOW Diabetes merangkumi aktiviti fizikal di kesemua hospital di bawah kumpulan Sunway, program bersama media serta kandungan sosial media. Program ini turut menyediakan kalkulator risiko diabetes di https://diabetes.sunwaymedical.com/ yang membolehkan seseorang individu mengetahui risiko mereka menghidap diabetes jenis 2 dalam masa lima tahun akan datang.

Di samping mengadakan kempen media sosial bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk memasak hidangan yang sihat dan mesra belanjawan, SHG juga berkongsi tip praktikal yang menggalakkan pemakanan sihat dan menawarkan strategi tentang nutrisi pemakanan kanak-kanak yang betul bagi membentuk hasil jangka panjang yang mengurangkan risiko penyakit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang