Elak bawa ke pawagam, doktor dedah 4 risiko terhadap kesihatan bayi
ELAK bawa bayi ke pawagam, banyak risiko dan kesan buruk terhadap kesihatan mereka.
Sudah menjadi kegairahan sesetengah ibu bapa membawa anak kecil ke pawagam semata-mata untuk menonton filem tanpa menghiraukan keselesaan si manja.
Seolah menjadi trend, ibu bapa dengan selamba membawa bayi untuk menonton filem di pawagam walaupun menonton cerita 'heavy'.
Selain berkemungkinan akan mengganggu penonton lain, kehadiran bayi dalam pawagam juga mempunyai risiko untuk kesihatannya.
Menerusi perkongsian doktor yang popular di media sosial, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris mendedahkan beberapa risiko yang bakal berlaku kepada bayi di bawah usia dua tahun jika dibawa ke pawagam.
Pesannya, sebelum bawa bayi kecil menonton filem di panggung wayang, ibu bapa perlu berfikir dahulu.
Ada banyak faktor yang menyebabkan ia tidak berapa sesuai, antaranya;
1. Bunyi diukur melalui nilai decibel (dB)
Secara amnya, decibel yang selamat untuk pendengaran adalah 85 dB ke bawah. Lebih daripada itu dianggap tidak selamat jika terdedah secara berterusan. Ini untuk dewasa.
Kalau bayi, pendedahan kepada bunyi yang kuat secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan.
2. Suhu di pawagam biasanya sangat sejuk
Orang yang mempunyai selaput lemak yang tinggi pun boleh rasa kesejukannya.
Inikan pula bayi yang kecil. Jika terdedah kepada suhu rendah terlalu lama, ia akan akibatkan hipotermia.
3. Pawagam adalah tempat yang tertutup
Bayi pula tidak boleh mengenakan pelitup muka akibat risiko sesak nafas. Bayi akan terdedah kepada risiko jangkitan kuman bawaan udara (airborne) dengan lebih mudah.
4. Koyak
Bayangkan tengah syok layan jiwang sambil meleleh air mata, bayi menangis sekuat hati.
Hati penonton akan koyak. Stres. Nak marah tapi kena sabar. Akhirnya rasa rugi pula beli tiket mahal-mahal.
Jadi, janganlah bawa bayi atau kanak-kanak yang tak faham cerita terutamanya fiksyen 'heavy' ke pawagam.
Bergilirlah tonton di pawagam ataupun dapatkan khidmat penjaga.
Baca juga Anak sukar tidur lena, kerap tak sihat, ini tip mudah dikongsi doktor
Sementara itu, ini adab yang perlu dijaga ketika menonton wayang;
1. 15 minit sebelum wayang bermula biasanya hall akan dibuka. Jadi sila datang dan masuk awal. Jangan bila dah start tayangan baru nak terhegeh-hegeh masuk. Buang segala air besar kecil siap-siap sebelum masuk hall.
2. Bila dah masuk dan lampu hall telah dimalapkan, silentkan handphone anda dan kalau boleh jangan main atau telefon masa menonton. Kalau urgent sangat sila keluar dari hall dan bercakap diluar. Then selesai baru masuk balik.
3. Bila dah duduk, janganlah pula duk buat senaman regangan kaki sampai menendang kerusi di depan. Ia seperti menendang kepala orang.
4. Kalau makan popcorn ke atau minum air janganlah sampai mengeluarkan bunyi yang menunjukkan anda ni pelahap. Rileks! Sebab tak ada sesiapa pun nak pau popcorn atau air anda. Makan dengan tertib.
5. Kalau nak bawa anak-anak kecil tu boleh tapi pastikan anda sudah ajar anak anda tentang adab ketika menonton wayang. Orang lain juga membayar duit tiket seperti anda jadi mereka juga ada hak untuk menonton wayang dengan aman.
6. Semasa tayangan filem sedang berlangsung sila diam dan berikan sepenuh perhatian pada perjalanan cerita itu. Jangan menjadi seperti andalah penulis skrip ataupun director filem itu. Orang lain membayar tiket untuk mereka menilai sendiri filem itu. Mereka tidak memerlukan narrator lain bagi pihak mereka untuk memahami jalan cerita filem itu. Kalau nak menyembang dalam pawagam sila keluar sebab orang lain taknak dengar isi perbualan anda.
Baca juga Hormati jadual ‘shooting’ Mat Kilau, Yayan Ruhian hampir tidak muncul dalam John Wick 3
7. Semasa menonton wayang juga tak perlulah nak buat wayang sekali ye. Tiket hanya dibeli untuk menonton wayang di layar lebar sahaja. Bukan untuk melihat aksi cerekarama anda.
8. Selesai tayangan, sila buang segala sampah sarap yang anda buat. Jangan tinggalkan di bawah atau atas kerusi. Walaupun pawagam itu ada mengupah pekerja tapi jadilah manusia yang berhemah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang