SESETENGAH orang sukar merasa segar ketika bangun pagi walaupun mereka sudah cukup tidur.

Kesannya, mereka cepat letih dan tidak boleh fokus sepanjang hari. Korang ada seperti ini?

Baiklah, tenang sahaja ya tidak perlu risau. Sebenarnya, semua orang boleh bangun pada waktu pagi dengan segar sekali gus dapat tidur malam yang berkualiti.

Apabila badan terasa segar, ia akan membuatkan korang bersemangat sepanjang hari.

Tidak sukar, ini adalah petua segar untuk bangun pada waktu pagi yang boleh korang gunakan;

1. Elakkan kafein, alkohol, dan nikotin

Kafein adalah ramuan dalam kopi, yang berguna untuk membuat kita terjaga. Sekiranya ingin bangun dengan segar, jauhi kafein, alkohol, nikotin antara 4 -6 jam sebelum tidur.

2. Tukar suasana bilik

Persekitaran bilik yang tenang dan sejuk dapat menolong kita tidur dengan lebih mudah.

Jauhkan komputer, televisyen dan peranti dari jangkauan. Kaedah ini dapat menumpukan fikiran sehingga korang dapat tidur tanpa gangguan.

3. Buat aktiviti ringkas sebelum tidur

Cuba buat rutin sebelum tidur. Contohnya mandi sebelum tidur, membaca buku, atau bermeditasi.

4. Matikan lampu bilik

Matikan lampu bilik tidur anda. Kajian mengatakan, tidur di bilik gelap menjadikan tubuh melepaskan hormon melatonin.

Hormon-hormon ini dapat membuat korang tertidur lebih cepat.

5. Waktu tidur yang konsisten

Bangun dan mula tidur pada waktu yang sama setiap hari mengaktifkan ‘jam semula jadi’ badan.

Oleh itu, badan akan terbiasa dengan peraturan dan secara automatik akan menyesuaikan diri untuk tidur atau bangun pada waktu yang sama.

Iklan

6. Ketepikan peranti semasa menghampiri waktu tidur

Kebiasaan memeriksa telefon bimbit untuk pertama kalinya ketika bangun menjadikan objek ini sering diletakkan di sebelah tilam.

Nampaknya, kebiasaan ini dapat merubah ‘mood’ daripada merasa segar ketika bangun pagi.

Sebenarnya, telefon bimbit dan peranti mendedahkan korang kepada cahaya biru. Cahaya ini dianggap dapat merangsang otak dan menyekat tubuh daripada menghasilkan hormon melatonin, yang mengatur tidur.

Oleh itu, lebih baik menjauhkan telefon bimbit dan peranti lain semasa waktu tidur hampir tiba.

Elak makan sebelum tidur, petua rasa segar ketika bangun pagi

7. Elakkan makan sebelum tidur

Agar segar ketika bangun pagi, korang tidak boleh makan makanan berat pada waktu tidur.

Sebenarnya, makan makanan berat termasuk yang tinggi karbohidrat, sebelum tidur boleh membuatkan pedih ulu hati atau kembung.

Iklan

Kedua-dua perkara ini boleh mengganggu keselesaan semasa tidur.

Baca juga Jika masih ada ibu bapa, jangan berkira mengirim duit belanja

8. Bersenam secara berkala

Latihan yang kerap dilakukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu dapat meningkatkan kualiti tidur.

Oleh itu, luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, 3 kali seminggu.

Lebih disarankan untuk bersenam pada waktu pagi atau petang.

Sekiranya bersenam pada waktu malam, biarkan dua jam dari waktu tidur sebabnya, peningkatan adrenalin semasa bersenam boleh mengganggu kualiti tidur.

Semoga bermanfaat!

Sumber: dokterklik