APLIKASI WhatsApp dan Telegram merupakan medium wajib dimuat turun pada telefon pintar majoriti rakyat Malaysia.

Apa yang pasti, semua orang mempunyai kumpulan perbualan atau groups chat yang mengumpulkan keluarga, rakan-rakan dan juga atas tugasan kerja.

Segala komunikasi dan perancangan kerja dihubungkan melalui aplikasi-aplikasi tersebut termasuklah menghantar dokumen, surat-menyurat dan sebagainya.

Namun demikian, kadangkala kita enggan berada dalam kumpulan chat yang kita tidak mahu menyertainya.

Sebagai contoh, kita diajak berada dalam satu kumpulan yang mengajak bermain permainan perjudian atau mungkin yang berunsurkan pornografi.

Tak pun, rakan-rakan sekolah rendah atau menengah buat grup reunion. Bukan tak suka, tapi biasanya perbualan akan meleret-leret dari pagi sehingga petang.

Situasi seperti itu yang membuatkab kita rasa terganggu dan sangat rimas.

Justeru, pada hari ini, SinarPlus akan kongsikan cara untuk mengelakkan daripada individu yang tidak dikenali menambah (add) anda sesuka hati ke dalam kumpulan perbualan di WhatsApp atau Telegram.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

i) WhatsApp.

1. Pertama, buka aplikasi WhatsApp dan pergi ke Setting lalu pilih Account.

2. Seterusnya, klik pada Privacy dan pilih My Contacts pada bahagian Groups (jika terlalu ramai kenalan seperti untuk urusan kerja, anda boleh pilih My Contacts except)

ii) Telegram.

1. Buka aplikasi Telegram.

Iklan

2. Kemudian, pergi ke Settings dan tekan Privacy and Security.

3. Akhir sekali, tekan pada Groups & Channels dan pilih My Contacts.

Mudah kan?

Jadi, dengan kaedah tersebut, pengguna yang dikenali sahaja boleh menambah anda ke sesuatu WhatsApp atau Telegram Group.

Iklan

Baca juga: 2 cara keluar dari WhatsApp group. Mudah, tak akan ada yang perasan

Bukan itu sahaja, ia juga mengelak orang yang tidak dikenali daripada menambah anda ke grup secara rawak.

Semoga bermanfaat!

Sumber wiser.my

Jangan lupa follow kami di Instagram!