Elok tiada gam melekat, hanya guna 2 bahan mudah tanggal roadtax tanpa tinggal kesan pada cermin

BAGI setiap pemilik kenderaan, roadtax ataupun cukai jalan adalah wajib untuk diambil supaya kenderaan dapat dipandu secara sah di atas jalan raya.

Roadtax itu pula wajib ditampal di sisi kiri cermin hadapan kereta dan perlu diperbaharui setiap tahun.

Jika kenderaan anda mempunyai roadtax, barulah ia boleh dipandu secara sah di atas jalan raya dan tidak dikenakan tindakan penalti.

Bagaimanapun, baru-baru ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan pemilik kenderaan di negara ini tidak lagi wajib untuk menampal roadtax pada cermin kereta.

Baca juga Kenderaan persendirian tak perlu lagi tampal, pamer roadtax, 3 fakta berkenaan

Kredit foto: flexisprint

Sebaliknya, pemilik kenderaan persendirian boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ.

Seperti yang kita sedia tahu, pelekat cukai jalan menjadi perhatian orang ramai kerana dikatakan tidak berkualiti, cepat rosak dan tidak tahan lama.

Manakala sisa gamnya pula melekat pada cermin kereta apabila ditanggalkan.

Sebenarnya, ada cara yang betul untuk menanggalkan roadtax lama supaya tidak meninggalkan kesan gam pada cermin.

Cuma dua bahan yang diperlukan;

  • Kain
  • Air panas

Caranya;

1. Langkah pertama ialah, celup kain tadi dengan air panas yang telah disediakan.

2. Seterusnya, ambil kain yang dicelup dengan air panas tadi kemudian sapukan atau tekap ke atas roadtax dari sebelah luar cermin kenderaan.

Iklan

3. Tekap kain tadi lebih kurang dalam tempoh seminit. Langkah itu dibuat bertujuan mencairkan gam roadtax tersebut.

Baca juga Lebih baik ciri keselamatan & mesra pengguna, 7 info berkaitan aplikasi MyJPJ

4. Seterusnya, anda boleh mula tanggalkan roadtax tadi dengan perlahan.

Dengan cara ini anda boleh tanggalkan roadtax tadi dengan mudah tanpa kesan gam.

Sekarang anda boleh tanggalkan roadtax kenderaan dengan kemas tanpa risau ia akan meninggalkan kesan gam yang teruk.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Sumber: YouTube Khairil Afif

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi