BELUM pun reda wabak membunuh Covid-19, kini kolera pula menjelma.

Kolera atau taun mula dikesan di daerah Petaling, Selangor baru-baru ini.

Perkara tersebut disahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ).

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menerusi posting di Twitternya, beliau menasihati orang ramai agar hanya minum air yang dirawat atau dididihkan.

Selain itu, beliau turut memohon orang ramai agar menjaga kebersihan kendiri dan tidak makan makanan mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna.

Dalam pada itu, KJ memaklumkan akan memberikan maklumat lanjut berhubung kes kolera tersebut setelah diperincikan kelak.

Penyakit kolera atau taun merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.

Iklan

Individu yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit manakala gejala serius boleh membawa maut akibat dehidrasi yang teruk.

Baca juga 5 tanda anak-anak punyai pemikiran tanpa batasan. Jangan marah jika senduk, periuk jadi bahan experimentasi mereka

Iklan

Justeru, terus kita amalkan penjagaan kendiri bagi menjauhi penyakit berbahaya tersebut di samping terus patuhi SOP putuskan rantaian Covid-19.