BAGI sesiapa yang berkunjung ke Pulau Pinang, pasti tidak akan terlepas merasai pengalaman menaiki feri yang juga ikonik Pulau Mutiara itu.

Namun, sejak beberapa hari ini, panas di media sosial, perkhidmatan feri yang wujud sejak 1894 itu akan berakhir pada 31 Disember ini.

Perkhidmatan feri yang menghubungkan tanah besar di Butterworth dengan Seberang Perai juga feri tertua di Malaysia difahamkan akan diganti dengan feri laju.

Menerusi posting Twitter @KitaPalaBataih, bulan ni adalah bulan terakhir feri Pulau Pinang akan beroperasi.

“Mulai tahun hadapan akan gantikan dengan feri laju seperti yang digunakan di Pulau Langkawi.

“Kenangan lalu pasti dirindui,” tulisnya.

Feri Pulau Pinang bakal berakhir, kenangan terindah bagi yang sempat naiki

Sementara itu, Facebook Penang Press turut membuat perkongsian tentang perkara yang sama dan mengatakan perkhidmatan itu belum diketahui untuk sementara waktu atau selamanya.

Iklan

“Sementara atau lama tak pasti…terlalu banyak kenangan dengan kawan-kawan kat sini. Seronok guna feri ni kita bebas nak bergerak. Lepas ni naik bot duduk je setempat dan tiba-tiba dah pun sampai.

“Pada korang terasa atau teringin nak naik buat kali terakhir, bulan ni adalah bulan terakhir, lepas ni pasti merindui feri yang banyak berjasa ni. Tak pasti bila lagi akan dibuka untuk kenderaan awam seperti sekarang,” tulisnya.

Baca juga Sudah boleh tonton wayang di pawagam, mula dibuka 16 Disember

Iklan

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi kenangan menaiki feri tersebut.

Musafir Kerdil – Kenangan lama yang cukup indah akan hilang dalam sekelip mata. Ikon ini sepatutnya terus kekal untuk zaman berzaman.

Sarina Md Noor – Dah 9 tahun dah dok ulang alik pi hopital Penang naik feri banyak kenangan.

Mohd Farhan – Apa masalah sebenarnya ni sampai nak tamatkan perkhidmatan feri ni? Sayanglaa sebab feri ni ada nilai sentimental dan juga menjadi sejarah kemahsyuran Pulau Pinang selama ni. Nila salah satu trademark untuk Pulau Pinang selama ni.

Mamynor Zaini – Sayangnya, feri sangat berjasa buat rakyat Pulau Pinang. Berulang alik pi kerja.. Sebelum jambatan ada lagi. Terima kasih SPPP.

Siti Balqis – Kenangan dulu kalau lepas ja shif malam keja, blik pagi nak pi Gurun, hambat feri nak cepat sampai. Jalan laju ja sampai kawan panggil pon buat tak dengaq ja sebab takut kena tinggal feri.