FIESTA Homebakers Usha-Usha Biskut Raya yang diadakan pada 12 Mac 2023 bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam di Centre Court, Lower Ground Setia City Mall (SCM) menjanjikan pengalaman menarik kepada pengujung apabila hampir 10,000 biskut raya diberikan secara percuma.

Fiesta julung kali dianjurkan Mingguan Wanita bersama Gula CSR ini memberi peluang kepada para pembuat biskut dari rumah (homebaker) mempromosikan penjualan biskut raya bagi sambutan hari raya nanti.

Selain itu, acara ini juga memberi peluang orang ramai untuk merasa terlebih dahulu sampel biskut raya sebelum membeli atau membuat tempahan awal daripada para vendor yang menyertai Fiesta Homebakers ini.

Baca juga Bukan hanya makanan ringan, ini 12 manfaat makan kuaci

Penganjur akan mengedarkan hampir 10,000 kupon biskut percuma bagi membolehkan orang ramai menikmati sampel biskut raya eksklusif daripada vendor. Kupon-kupon boleh diperoleh menerusi pendaftaran di kaunter urusetia sepanjang program berlangsung.

Lebih menarik lagi, pengunjung juga disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Demo Bancuhan Topping Dekorasi Biskut oleh puan Nor Arieni Adriena  pengasas Gula Cakery, Biskut Raya Gergasi Challenge oleh para pelajar kulinari, Pertandingan Tekan-Tekan Semperit Kuih Raya, Pop Kuiz, Happy Hour, Demo Biskut Raya Kurang Manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, Pertandingan Susun-susun Biskut Raya dan banyak lagi.

Teristimewa, pengunjung turut berpeluang bertemu mesra dengan selebriti terkenal Marsha Milan Londoh.

Fiesta ini turut menghargai penglibatan para vendor apabila penganjur menawarkan manfaat penyertaan bernilai lebih RM 3,000 kepada mereka yang mendaftar sebagai vendor, yang mana yuran penyertaan hanyalah RM100 sahaja.

Bukan itu sahaja, vendor yang aktif mempromosikan fiesta, berjaya menghabiskan sampel biskut raya paling awal dan menghias booth tercantik masing-masing berpeluang memenangi hadiah lumayan daripada penganjur.

Iklan

Ternyata fiesta bermatlamat menyokong para pengusaha kecil untuk bersemangat meneroka pasaran baharu perniagaan biskut raya.

Dan selaras dengan matlamat membudayakan gaya hidup sihat, dalam keriangan menikmati biskut raya Gula CSR selaku penaja utama menyeru orang ramai agar mengambil gula secara sederhana bagi mengekalkan tahap kesihatan terbaik.

Baca juga Alhamdulillah, Menu Rahmah RM5 makan tengah hari dan malam di 15,000 premis, 15 info perlu tahu

Iklan

Peluang masih terbuka kepada para pembuat biskut untuk menyertai fiesta ini.

Sila hubungi urusetia 019-6753057. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 1 Mac 2023.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.