Bukan hanya makanan ringan, ini 12 manfaat makan kuaci

KUACI selalu menjadi pilihan makanan ringan ketika menonton TV. Selalu bila sebut makanan ringan, mesti makanan itu adalah kategori tidak sihat.

Namun sebenarnya kuaci adalah termasuk dalam kumpulan makanan yang kaya dengan nutrisi dan baik untuk kesihatan.

Jadi, sambil-sambil buat kerja bolehlah mengudap kuaci. Kalau boleh, ambil yang tanpa garam dan sedikit panggang. Beli yang dah dibuang kulit.

Kalau ambil yang sudah diproses tu tak jadi apa sebab khasiatnya sikit dan telah dicampurkan garam.

Khasiat biji bunga matahari itu sama tinggi dengan walnut dan badam. Tapi dua jenis kacang ni mungkin harganya agak mahal. Lain dengan kuaci ni harga hanya mampu milik.

Apa kebaikan kuaci ni?

1. Kaya protein

Kuaci ni ada tinggi protein dan juga tinggi lemak sihat serta fiber. Trio yang mainkan peranan penting untuk rasa kenyang lama.

Ikut kajian dalam jurnal Plants pada tahun 2021, kuaci sangat bernutrisi tinggi dengan kadar protein sebanyak 33.85%.

Lipid sebanyak 65.42% dan 18 elemen mineral. Kuaci kering ada protein antara 20% dan 40%.

Walaupun punyai kandungan lysine rendah, kuaci ada 20 jenis amino acid yang penting untuk pembaikian otot.

Bagi kenyang lebih lama serta elak craving makanan manis.

2. Kaya antioksidan

Walaupun kecil tapi kuaci ni kaya dengan antioksidan yang penting untuk lindungi sel tubuh daripada radikal bebas.

Penyebabnya termasuk sinaran UV dan pencemaran udara. Semua ni akibatkan risiko tinggi untuk terkena penyakit.

Kuaci tinggi antioksidan iaitu manganese, vitamin E dan chlorogenic acid. Antioksidan lain termasuk ferulic acid, caffeic acid, rosmarinic acid, myricetin dan rutin. Kuaci panggang tanpa garam juga adalah snek gluten-free dan sodium-free.

Sesuai untuk yang sedang berdiet. Kuaci adalah daripada bunga matahari. Dijuluki sebagai makanan ‘sun protection’.

3. Immunity booster

Kenapa kuaci dikenali sebagai immunity booster? Terima kasih kepada kandungan fosforus, magnesium, vitamin B6, zin. Selenium, vitamin E serta elemen tumbuhan dalamnya.

Ikut kajian dalam jurnal Diet Immunology oleh Tokyo Medical University Hospital pada tahun 2021.

Mereka ni bersifat anti-radang. Lindungi sel dan bahagian badan daripada inflamasi, alergi dan kuman berbahaya.

Inflamasi kronik adalah punca utama pada penyakit kronik. Elemen tumbuhan seperti flavonoid dalam kuaci bantu redakannya.

Kajian mendapati mereka yang ambil kuaci tiga ke lima kali dalam seminggu menunjukkan risiko lebih rendah untuk terkena arthritis dan sakit sendi.

Baca juga Waspada dengan virus chikungunya, vaksin masih belum ditemui walau sudah lebih 70 dekad penyakit ini menular

Kredit foto: neuroversiti.com

4. Brain booster

Kuaci ni punyai kesan sama dengan kacang cerdik pistachio serta kacang lain seperti gajus, badam dan walnut yang cukup terkenal sebagai snek untuk otak.

Kuaci ada sejenis vitamin B iaitu thiamine, bantu tingkatkan memori dan fungsi kognitif otak. Bantu tingkatkan daya fokus.

Paling penting, harga kuaci tidak semahal harga badam, walnut ataupun pistachio.

5. Detoks usus

Salah satu kunci utama buang toksin dalam badan adalah dengan amalkan diet tinggi fitonutrien.

Fitonutrien bantu lancarkan fungsi sistem imun, menyahtoksik karsinogen, lindungi sel dan DNA, kurangkan keradangan dan perlahankan kadar pertumbuhan beberapa sel kanser.

Kuaci adalah underrated superfood. Pasarannya tidaklah seluas kacang lain. Kuaci juga ada polyphenols. Kulit kuaci ni bantu lindungi kandungannya.

Selain fiber untuk tahan kenyang lebih lama, kuaci ni juga cukup terkenal dengan kandungan magnesiumnya yang tinggi. Magnesium ada keupayaan untuk singkirkan kuman dan bakteria.

Yang membentuk toksin dalam badan, magnesium juga ada ciri menenangkan saraf.

6. Detoks kulit

Kuaci bersifat antibakterial dan antifungal. Ada protective fatty oils iaitu oleic acid dan linoleic acid. Ada sesamol.

Kuaci juga punyai kandungan zink dan vitamin E yang tinggi untuk lindungi sel kulit. Bantu elak jangkitan kulit seperti jerawat. Bantu juga cerahkan kulit daripada bintik gelap.

Oleic acid dan linoleic acid juga bantu pembentukan kolagen yang mana bantu perlahankan penuaan dan redakan ruam merah.

7. Elak penyakit kardiovaskular

Kuaci dinikmati kerana rendah lemak tepu. Punyai 0% lemak trans dan tinggi lemak poli serta mono tidak tepu.

Salah satunya linoleic acid. Badan kita guna linoleic acid untuk hasilkan hormon yang bantu stabilkan tekanan darah bagi mengelakkan tekanan darah tinggi.

Ia juga membantu halang enzim penyebab saluran darah tersumbat.

Kandungan magnesium dalam kuaci juga bantu rendahkan tekanan darah.

Kuaci adalah antara makanan dengan kandungan vitamin E paling tinggi. Penting untuk hasilkan progesteron.

Khusus untuk wanita yang ada masalah kesuburan.

Vitamin E mampu ‘detoks’ lebihan estrogen agar paras progesteron meningkat.

Iklan

Baca juga Air kencing warna merah selepas makan buah naga, bahaya ke? Ini penjelasan doktor

Kredit foto: neuroversiti.com

8. Rendahkan kolesterol

Kuaci kaya dengan oleic, linoleic acid serta rendah lemak tepu dan garam.

Magensium, potassium dan fiber bantu stabilkan paras kolesterol dalam badan dan singkirkan lebihan kolesterol jahat.

Kajian dalam Iowa Women’s Health Study mendapati, memakan makanan tinggi vitamin E dikaitkan dengan risiko rendah terkena serangan strok.

Selenium dan copper dalam kuaci bergabung dengan antioksidan untuk lindungi sel daripada kerosakan yang boleh akibatkan penyakit jantung.

Yang ada masalah arrhythmia, iaitu degupan jantung tak selari. Kuaci boleh bantu atasinya. Salah satu makanan untuk relaks.

9. Rendahkan risiko kanser

Tahu tak hampir 90% kandungan lemak dalam kuaci adalah jenis lemak yang bantu rendahkan risiko terkena penyakit jantung.

Punyai sterol yang berpotensi cegah sel kanser payu dara. Kesan anti-inflamasi dalam kuaci juga bantu lawan kanser kolon dan prostat.

Polyphenols dalam kuaci seperti caffeic acid, ferulic acid dan chlorogenic acid adalah antioksidan berciri anti-mutagenic yang boleh menyekat aktiviti radikal bebas.

Sunflower trypsin inhibitor (SFT1) iaitu sejenis gegelang protein dalam bentuk aslinya mampu sekat enzim kanser payu dara. Walaupun rawatan kanser jauh lebih kompleks, kuaci boleh dijadikan snek alternatif untuk cegah pembentukan kanser.

10. Mesra anemia

Masalah kurang zat besi ni lebih biasa dihadapi oleh kaum wanita. Kuaci adalah sumber zat besi yang bagus.

1 cawan kuaci (lebih kurang segenggam) menyediakan 47% dari keperluan zat besi harian.

Tahu tak bahawa dark chocolate 70% dan keatas juga merupakan sumber zat besi yang bagus.

Iklan

11. Mesra diabetes

Ikut kajian, kuaci dengan flaxseeds berpotensi rendahkan paras glukosa untuk cegah diabetes.

Dua jenis komponen bioaktif iaitu chlorogenic acid dan secoisolariciresinol diglucosoid berperanan dalam rawatan insulin resistance.

Kajian mendapati mereka yang ambil 30g kuaci setiap hari menunjukkan penurunan sebanyak 10% dalam masa 6 bulan.

Kuaci juga perlahankan tempoh makanan dihadam sekali gus melepaskan glukosa secara perlahan. Elak gula naik mendadak.

Kuaci juga kaya magnesium, nutrien yang sukar didapati dalam sumber tumbuhan. Ia bantu rendahkan risiko terkena diabetes type 2.

12. Turunkan berat

Kuaci kaya lemak poli tak tepu, sejenis lemak sihat. Ia bantu kurangkan lemak perut juga penyebab boroi.

Boleh kurangkan inci pada pinggang. Pantothenic acid dalam kuaci bantu bakar lemak, karbohidrat dan protein jadi tenaga.

Ia juga merupakan sumber fiber bagus untuk galakkan pencernaan sihat.

Kuaci bantu perut tahan kenyang lebih lama dan cegah perasaan ingin mengudap bukan-bukan.

Jadi lepas ni, jom berkuacilah kita.

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.