GABUNG empat jenama terkemuka di bawah satu bumbung dengan konsep antarabangsa! Itu keunikan pembukaan cawangan kedua, MR. DIY PLUS di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini.

Cetusan idea dekorasi daripada Dubai’s Miracle Garden, belon panas Cappadocia, Turki dan hiasan Aidilfitri yang menjadi signatur di Timur Tengah menjadikan superstore tersebut antara tarikan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR. DIY, Adrian Ong berkata, pelancaran premis dengan tema tersendiri tersebut adalah yang pertama di negara ini.

gabung empat jenama

“Kami sedaya upaya untuk mencipta konsep baharu untuk memastikan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah dengan suasana yang menarik dan menyeronokkan.

Baca juga Bakul sampah lama jangan dibuang. Wanita ini kongsi DIY buat pasu pokok hiasan. Jimat kos dan cantik!

“Kami juga sedia maklum bahawa rakyat negara ini gemar melancong dan mengambil gambar, jadi kami mempamerkan keindahan beberapa tempat ikonik dunia khas buat pelanggan,” katanya.

gabung empat jenama

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis tersebut dan dihadiri , Naib Presiden Kanan Strategi Kumpulan, Soo Sze Yang dan Ketua Jabatan Pemasaran, Alex Goh.

Hadir sama, Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan, Apple Lim, Pengurus Serantau, Pengurusan Runcit, Jannice Tan dan Pengurus Cawangan, Pengurusan Runcit, Farhana Mohd Yusof.

 

Mengulas lebih lanjut tentang pemilihan lokasi, Adrian berkata, Mutiara Damansara merupakan kawasan kediaman yang kukuh dengan minda membeli-belah yang matang.

Baca juga Kediaman harum dan segar menjelang raya, DIY jer guna bahan di dapur. Mudah & murah!

Iklan

“Penduduk di sini sudah pasti menghargai pelbagai keperluan harian dan nilai yang kami tawarkan untuk belanjawan isi rumah mereka dengan ruang yang selesa, ceria serta mesra.

gabung empat jenama

“Sudah menjadi hasrat kami untuk membuatkan pelanggan terhibur, berseronok dan mempelajari sesuatu di premis kami yang tagline Always Low Prices,” ujarnya.

MR. DIY PLUS tersebut menampilkan rangkaian penuh alat dan perkakasan EMTOP, selain jenama terkemuka lain seperti Mr. Dollar, Mr. Toy dengan keluasan lebih 23,000 kaki persegi.

Iklan

Untuk informasi lanjut, layari www.mrdiy.com atau platform e-dagang, www.mrdiy.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!