Genap 17 tahun baru boleh mohon lesen kereta

Genap 17 tahun baru boleh mohon lesen kereta
Genap 17 tahun baru boleh mohon lesen kereta
A
A
A

SEMALAM tular kisah adik umur 9 tahun memandu kereta.

Untuk info, kelayakan Lesen Belajar Memandu (LDL) yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengikut umur adalah:

  • Berumur melebihi 16 tahun untuk kelas A, B2, B dan C
  • Berumur melebihi 17 tahun untuk kelas A1, D dan DA
  • Berumur melebihi 21 tahun untuk kelas E,F,G,H,I dan lesen vokasional kecuali CON berumur 18 tahun
  • Lulus ujian undang-undang Bahagian 1 dan keputusan ujian telah dikemaskini (masih berkuatkuasa dalam tempoh satu(1) tahun)
  • LDL boleh dikeluarkan dan diperbaharui bagi tempoh 3 atau 6 bulan sehingga tempoh maksimum 2 tahun daripada tarikh mula lesen dikeluarkan
  • Genap umur 16 tahun sudah melayakkan diri kita memiliki lesen kenderaan di antaranya lesen motor B2 ataupun superbike BFull kuasa 500cc.

Bagi lesen memandu kereta pula sama ada automatik mahupun manual syarat kelayakannya adalah genap 17 tahun manakala yang berhasrat ingin memohon lesen E (bas/lori) haruslah berumur 21 tahun ke atas.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan memberitahu bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video tersebut.

Kanak-kanak lelaki yang memandu kereta Proton Saga itu dipercayai baru berumur 9 tahun.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Tak boleh ‘fly’ sejak Covid, pilot muda pilih buat kerja amal

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, bertindak atas maklumat, polis telah menjalankan siasatan dan berjaya mengesan kereta dan kanak-kanak terbabit.

Katanya kepada Sinar Harian, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu memandu kereta di Kampung Bongek tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak yang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.

Beliau berkata, polis mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan masyarakat terhadap isu berlaku.

Rata-rata warganet meninggalkan komen pelbagai pandangan yang berbeza. Antaranya:

Cbj Sounds - Fuuu bahaya

Nurin Hasbullah - Ini kes istimewa...dari aspek keyakinan diri, keberanian dan kemahiran serta keupayaan...kanak-kanak ini wajar dipuji...hebat

Azli Ahmad - Dok kmpg2 cmtu la..moto bapak aku pon abis aku kerjakan masa kecik2 dulu

Amie Mohamad - sampai ke kaki tekan padel

Wanan Abms - Mmg hebat budak ni tp yg heran smpy pulak kaki dia pijak pedel kete tu. Ape² pon semoga di permudahkan urusan keluarga adik ni. Jgn ulangi lagi buat mcm ni di zaman viral.

Pokyie Pok Yie - Salah ttp salah tpi Aku doakan kamu dewasa kelak menjadi seorg pelumba profesional yg mengharumkan nama negara

Ejat Sp - Tp BG aku ayah nya ni mmg xd sifat ambil berat tntg keselamatan..andainya terjadi ap ap kemalangan...kan ssh nanti

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca