SETIAP apa yang berlaku dalam kehidupan, kita sepatutnya mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.

Yang penting lihatlah dari sudut positif. Misalnya dalam pada negara dan dunia kini yang terkesan dek wabak Covid-19, ramai yang terjejas terutamanya berkaitan mencari rezeki.

Ada yang dibuang kerja, ada yang bekerja dari rumah dan ada yang ‘direhatkan’ sementara, sehingga tempoh tertentu.

Inilah masanya kita bermuhasabah dan memperbaiki diri. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh membantu golongan yang terjejas.

Seperti apa yang dilakukan oleh salah seorang juruterbang yang dikenali sebagai Muhammad Fazri Mohd Fatimi, dia memilih untuk melakukan aktiviti amal sepanjang tidak berkerja.

[VIDEO] Tak boleh 'fly' sejak Covid, pilot muda pilih buat kerja amal

Menurut sumber, sering menerbangkan burung besi di awan biru bukanlah penghalang untuk juruterbang muda berusia 30 tahun itu menyarung kemeja T merah jambu, mengayuh basikal di tengah ibu kota dan menghantar pesanan makanan kepada pelanggan mengikut pesanan yang telah diambil.

“Kalau kita rasa susah dan tertekan dengan apa yang berlaku, sebenarnya banyak golongan yang lagi susah dan perlu pertolongan seperti di Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona).

“Kasihan apabila melihat anak-anak kecil terpaksa menjalani sesi kimoterapi dan ibu bapa mereka pula ada yang diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19 ini,” katanya.

[VIDEO] Tak boleh 'fly' sejak Covid, pilot muda pilih buat kerja amal

Menurut anak jati Selangor itu, selagi pintu sempadan negara ditutup dia tidak boleh meneruskan tugas sebagai juruterbang untuk penerbangan antarabangsa.

“Bosan sangat duduk di rumah sebab sekarang tak boleh nak fly (pandu kapal terbang), sebab itu saya mula mencari sesuatu yang bermanfaat untuk dilakukan dan ketika itu saya terfikir bila kali terakhir saya melakukan amal atau menderma.

“Kemudian baru saya sedar… ya Allah, tak pernah. Jadi, secara tidak langsung ada hikmahnya apabila tiada kerja sekarang selain tubuh badan masih sihat untuk berbuat amal,” katanya.

[VIDEO] Tak boleh 'fly' sejak Covid, pilot muda pilih buat kerja amal

Ketika ditanya mengenai cabaran utama menjadi penghantar makanan, Fazri memberitahu, cuaca dan jarak antara faktor yang kadang-kala menyebabkan dia hampir putus asa.

“Saya masih ingat pada hari pertama sebagai delivery guy, ketika itu pesanaan diterima di kawasan perumahan sekitar Seputeh dan saya pula di Bangsar.

“Keluar sahaja rumah, hujan selebat-lebatnya dan pakaian saya basah kuyup. Nak tak nak, saya terpaksa hubungi semula FoodPanda memberitahu tidak boleh meneruskan,” katanya.

Wujud ‘Double Standard’?

Fazri turut mengakui wujudnya perbezaan layanan masyarakat terhadap golongan penghantar makanan.

Iklan

“Memang ada double standard (pilih kasih) oleh sesetengah pihak sebab saya hanya penghantar makanan, kadang-kala ada yang tak hormat dan menghargai kita.

“Tapi, saya anggap semua ini sebagai pengalaman dan seronok apabila tengok ragam manusia yang pelbagai,” katanya.

Bagaimanapun, kata Fazri, nekadnya hanya satu iaitu mempelawa lebih ramai menderma kepada Pesona selain mencapai sasaran peribadinya iaitu RM1,000 untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, sebelum 25 September ini.

Iklan

Sehubungan itu, dia telah membuka sebuah akaun khas untuk kerja amalnya bagi membolehkan mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyumbang.

“Saya harap dengan projek kecil ini akan memberi inspirasi kepada semua untuk memberi sokongan kepada saya seterusnya membantu anak-anak Pesona,” katanya.

Sumber : Facebook astroawani