BERITA gembira buat usahawan seluruh negara! Kini korang boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0.

Ini ekoran baru-baru ini kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan permohonan bagi GKP 3.0 boleh dibuat mulai 1 April 2021 melalui online.

Bagi terus komited untuk menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro tempatan, melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan sekali lagi memperkenalkan bantuan tersebut.

Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan PKS mikro agar mereka mampu untuk bergerak semula dengan perniagaan mereka di dalam tempoh yang mencabar akibat pandemik Covid-19 dan kini masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini juga merupakan bantuan kali ke-3 bagi PKS mikro sejak tahun lalu. Kali ini setiap PKS mikro yang layak akan menerima bantuan one-off GKP 3.0 sebanyak RM1000.

Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 akan mendapat bantuan RM1000 ini tanpa perlu membuat permohonan semula.

Alhamdulilah dapat bantuan lagi, kali ini tak perlu mohon

Manakala bagi PKS mikro yang tidak pernah memperolehi GKP sebelum ini, permohonan boleh dibuat bermula 1 hingga 15 April 2021 (15 hari).

Permohonan dibuka secara online melalui Portal GKP di https://gkp.hasil.gov.my/

Bagi PKS mikro yang tidak lulus GKP sebelum ini juga turut masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk semakan semula.

Baca juga Mohon sekarang! Bantuan modal perniagaan MAIWP 2021

Iklan

PKS mikro yang layak untuk GKP 3.0 ini adalah perniagaan yang menepati kriteria PKS mikro dan juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) setakat 28 Februari 2021.

Seperti yang dimaklumkan Kementerian Kewangan, pembayaran GKP 3.0 akan mula dibuat pada bulan Jun 2021 yang dijangka akan memanfaatkan hampir 1.2 juta PKS mikro.

Untuk maklmat lanjut, pemohon boleh merujuk FAQ yang telah dimuat naik di portal rasmi GKP.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Sumber : MOF