Giliran calon SPM, STPM suntik vaksin Pfizer, Julai ini

A
A
A

BERITA baik buat adik-adik yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) korang akan menerima suntikan vaksin Covid-19 pada bulan Julai depan.

Menteri Penyelaras Program Imuninasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengumumkan calon SPM dan STPM bakal mendapat suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Beliau berkata, proses suntikan tersebut dijangka bermula pada bulan depan di sekolah yang dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).

“Kita akan mulakan pemberian vaksin kepada mereka (calon SPM dan STPM) pada Julai sebagai persediaan sebelum kembali ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Pahang.

Terdahulu pada Khamis, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memberitahu, cadangan pelajar sekolah yang menduduki peperiksaan awam diberi keutamaan untuk vaksinasi telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Petugas Khas Imuninasi Covid-19.

Katanya, ia adalah berikutan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan vaksin Pfizer-BioNTech untuk golongan berusia 12 tahun ke atas.

Baca juga Vaksin Golongan 12 Tahun Ke Atas Diluluskan, Cadang Suntikan Dibuat Sebelum Sekolah Dibuka

Kepentingan vaksinasi:

- Vaksin Covid-19 diberikan untuk mengawal penularan koronavirus.

- Apabila semakin ramai mendapat vaksinasi, maka semakin ramai penduduk membentuk antibodi.

- Seterusnya, membantu mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit Covid-19 yang lebih teruk.

- Secara tidak langsung, suntikan vaksin boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca