ALHAMDULILLAH! Satu bentuk bantuan lagi bagi individu yang terjejas oleh pandemik Covid-19.

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan bagi membantu meringankan beban orang awam, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM9.5 juta bagi Bantuan Zakat Kecemasan kepada golongan yang terjejas.

Perkara itu disahkan oleh MAIWP dalam satu kenyataan.

Ini yang perlu anda tahu berkaitan zakat kecemasan MAIWP:

1. Hanya untuk pemohon yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

2. Pemohon bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.

3. Tarikh permohonan bantuan zakat kecemasan MAIWP:

Permohonan bantuan ini akan dibuka secara dalam talian mulai 16 November 2020 sehingga 27 November 2020.

4. Sasaran utama bantuan zakat kecemasan MAIWP:

  • Pemandu teksi/ e-hailing.
  • Pengawal keselamatan.
  • Peniaga-peniaga kecil.
  • Hilang pekerjaan akibat Covid-19.
  • Lain-lain golongan yang terkesan akibat Covid-19.

5. Kadar bantuan zakat kecemasan MAIWP:

Iklan
  • Mereka yang layak akan menerima ini sebanyak RM500 dan akan disalurkan sebelum 31 Disember 2020.

Golongan terjejas boleh mohon bantuan RM500 zakat kecemasan MAIWP, ini info dan cara mohon

6. Ini cara mohon bantuan kecemasan MAIWP:

  • Permohonan dalam talian boleh dibuat menerusi pautan berikut:
  • Berikut adalah langkah permohonan:
  • DAFTAR (PENGGUNA BARU)
  • Buka laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/
  • Pemohon perlu klik pada ‘Pengguna Baru’ untuk mendaftar nama bagi pertama kali menggunakan sistem.
  • Pemohon perlu mengisi SEMUA butiran diri termasuk kata laluan yang akan digunakan untuk akses/daftar masuk sistem kelak.
  • Setelah semua butiran telah diisi, pemohon perlu menekan butang
  • DAFTAR
  • LOG MASUK
  • Pemohon perlu memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik pada butang LOG MASUK.
  • LENGKAP MAKLUMAT
  • Pemohon dikehendaki menekan tab ‘MAKLUMAT PEMOHON’ bagi melengkapkan butiran pemohon.
  • Pemohon dikehendaki untuk lengkapkan semua butiran yang diperlukan.
  • MUAT NAIK DOKUMEN
  • Sila muat turun dokumen yang diperlukan.Contoh dokumen seperti kad pengenalan,bil elektrik/air, penyata akaun bank ( format pdf/jpg/jpeg/gif bersaiz 2mb)
  • KEMASKINI MAKLUMAT TANGGUNGAN
  • Pemohon dikehendaki kemaskini maklumat tanggungan bagi melengkapkan butiran tanggungan.Pemohon dikehendaki untuk lengkapkan semua butiran yang diperlukan
  • Contoh butiran yang perlu diisi adalah nama, no kad pengenalan, tarikh lahir, jantina, hubungan dan pekerjaan
  • HANTAR PERMOHONAN
  • Sila hantar permohonan yang telah lengkap diisi dan dikemaskini.
  • MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Baca juga Ini 8 fakta berkaitan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar

Iklan

Untuk sebarang maklumat boleh berhubung di Facebook Baitulmal MAIWP atau hubungi nombor berikut:

  • 012-518 3614 / 012- 512 7614 (Kuala Lumpur)
  • 011 – 5949 6216 / 011 – 6303 8443 (Putrajaya)
  • 013 – 8516066 (Labuan)

Semoga bermanfaat!