Grab naikkan harga tambang per minit, ini yang perlu pengguna tahu
GRAB Malaysia mengumumkan perubahan tambang, termasuk kenaikan harga tambang seminit.
Perubahan itu adalah untuk membantu memberi pampasan kepada pemandunya untuk masa yang dihabiskan dalam kesesakan lalu lintas pada waktu puncak khususnya Lembah Klang.
Pada waktu puncak misalnya, lebih masa diambil untuk melunaskan sesuatu tempahan walaupun jarak fizikalnya pendek.
Berkuatkuasa 16 Januari 2023, tambang seminit dinaikkan daripada 20 sen kepada 43 sen.
Bagaimanapun, tambang bagi setiap kilometer telah diturunkan daripada 70 sen kepada 25 sen.
Kadar asas dan minimum kekal tidak berubah pada RM2 dan RM5, masing-masing.
Grab berkata dalam satu kenyataan, tambang itu telah disemak berdasarkan maklum balas daripada pemandunya.
"Kami mendengar anda, dan kami akan menyemak semula struktur tambang supaya tambang lebih berdasarkan masa yang diambil untuk menyelesaikan perjalanan dan kurang pada jarak perjalanan," kata Grab Malaysia.
Baca juga Mohon bakal majikan bayar grab RM31, ini larangan ketika temu duga
Buat penumpang Grab, kalau anda masih belum tahu, formula pengiraan tambang terkini e-hailing itu adalah seperti berikut;
RM2 + (jarak perjalanan x RM0.25) + (tempoh perjalanan X RM0.43) = Jumlah tambang
Kadar yang berubah dalam formula ini adalah tambang per minit dan tambang per km. Didapati yang tambang per minit naik sebanyak 115% daripada RM0.20/min kepada RM0.43. Kadar tambang per km pula menurun sebanyak hampir 64% daripada RM0.70/km kepada RM0.25/km.
Baca juga Guna GrabPay di pusat beli-belah AEON
Jadi, Grab mencadangkan agar pengguna boleh menetapkan tanda menetapkan amaran melalui ciri 'Pemberitahuan Tambang' dalam aplikasi Grab mereka.
Mereka akan dimaklumkan jika tambang turun dalam masa 15 minit selepas itu.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang