'Ditinggal tanpa sempat difahami, sedang ajar diri untuk tetap hidup...' - Dr Fie luah kesedihan, warganet titip semangat
PERSONALITI media sosial, Dr Fie Tawfek, meraih perhatian ramai selepas memuat naik satu hantaran bernada sayu.
Tanpa menyebut sebarang nama, bekas isteri penyanyi Nubhan Ahamad itu berkongsi bait-bait puitis yang menggambarkan sebuah kehilangan. Dalam hantaran di Instagram, Dr Fie seolah berkongsi pengakuan tentang proses bertahan ketika hati sedang belajar menerima.
"Ada tawa yang diraikan,
Ada bahagia yang terus berjalan.
Dan di satu sudut yang sunyi,
Seorang perempuan masih belajar bernafas
dalam kehilangan yang hadir tanpa sebab dan tanpa penutup," titipnya.

Menggambarkan dirinya sudah hancur dan mengumpul kekuatan untuk tidak rebah, Dr Fie juga menyentuh tentang kesetiaan yang telah diberikan serta ditinggal ketika masih belum mengerti.
"Bukan kerana dia lemah,
Tetapi kerana hatinya pernah setia sepenuh jiwa.
Bukan kerana dia ingin merayu,
Tetapi kerana ditinggalkan tanpa sempat difahami.
Orang melihatnya tenang,
Tidak tahu betapa mudahnya dia hancur jika dia memilih untuk tidak bertahan.
Ini bukan kisah tentang siapa yang bahagia, tetapi tentang seorang wanita
yang sedang mengajar dirinya untuk tetap hidup walaupun hatinya hampir menyerah," coretnya.

Rata-rata memberikan sokongan kepada ibu tiga cahaya mata itu. Tidak kurang mendoakan doktor gigi itu terus tabah.
"Sakit sebenarnya jadi seorang perempuan yang pernah setia dan sanggup korbankan apa sahaja untuk pertahankan sebuah rumahtangga, tapi percayalah ALLAH tidak pernah mengkhianati doa-doa kita."
"Time will heal you adikku. Ini momen terbaik untuk selalu berdoa dan minta sebanyak mungkin takdir yang baik untuk diri serta keluarga. Minta yang paling mahal iaitu akhiratmu.'
"Semoga ALLAH berikan kekuatan yang luar biasa untuk tumbuh dengan indah dan penuh kebaikan yang tidak terduga."
Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Dr Afifah pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
