Tidak garang tetapi penyayang, Elisya Sandha dedah karakter Sheila Rusly. Belajar memasak semasa bertunang. ‘Saya ada buku dan pen, tiap hari bertapa...’
HUBUNGAN baik aktres Elisya Sandha dan ibu mentuanya, pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly sejak dahulu sentiasa menjadi inspirasi ramai.
Manakan tidaknya, Elisya yang merupakan isteri kepada anak sulung Sheila, Uzair Haqimy dilayan umpama anak kandung sendiri.
Ditanya sama ada Sheila 'garang', pelakon berusia 26 tahun itu menegaskan ibu mentuanya memiliki karakter menyenangkan dan baik hati.

"Setiap hari saya dapat soalan yang sama. Dia tak garang tetapi penyayang.
"Cuma kalau awak kerja, dia tegas tetapi jika berjumpa secara peribadi ibu mentua saya sangat penyayang dan baik hati. Dia kelakar dan 'fun," tutur Elisya.
Lima tahun mendirikan rumah tangga, Elisya mendedahkan dalam proses mengenali suami dan keluarganya secara lebih mendalam. Malah pelakon berusia 26 tahun itu tidak menafikan ada rasa takut pada peringkat awal.
"Mula-mula itu takutlah. Tapi Alhamdulillah, sudah lima tahun berkahwin saya masih sedang mengenali suami dan keluarga suami.
"Alhamdulillah, saya gembira kerana memiliki emak mentua yang sangat-sangat memahami dan baik.
"Suami saya pun sangat memahami dengan kerja saya. Saya bersyukur," titipnya.
Kehandalan memasak ibu mentuanya di dapur turut menjadi sumber inspirasi buat Elisya untuk memperbaiki kemahiran memasak.
Rupanya adik kepada Fasha Sandha ini banyak mempelajari skil memasak daripada Sheila ketika dalam fasa pertunangan dengan Uzair.

"Semasa saya sedang bertunang dengan suami, saya ada buku dan pen (untuk salin resipi).
"Setiap hari, saya pergi bertapa dan belajar cara memasak supaya apabila berkahwin dan duduk di rumah sendiri saya boleh memasak tanpa kekok.
"Misalnya apabila suami teringin ayam gepuk, kita sudah tahu resipi dan cara memasaknya. Sekejap sahaja boleh siap," kongsinya.
Ditemui baru-baru ini sempat bertemu di pertunjukan fesyen Warna Ariani Lebaran 2026 di Pusat Konvensyen, duta baharu Ariani itu turut memperbetulkan tanggapan segelintir pihak mengenai birasnya, Beatrice Chitra.
Sementelah muncul video yang kelihatan kurang menghormati orang tua, Elisya menjelaskan ia hanya sekadar konten.
"Untuk konten Trice, memang mak mentua saya memang ciptakan karakter dia untuk jadi sebegitu supaya ada engagement. Engagement tinggi kerana orang suka tengok benda-benda macam tu.
"Tapi sebenarnya dalam real life, Trice bukan begitu. Dia sangat penyayang dan menghormati ibu mentua saya. Itu hanya konten sebenarnya," katanya.
Sekadar info, Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy pada 21 Ogos 2021.
Elisya dikurniakan anak sulung perempuan yang bernama Bunga Elhaq, 4, dan Bahtera Elhaq, lapan bulan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
