BUAT mereka yang sedang mencari pekerjaan atau sudah berada di semester akhir pengajian, jangan lepaskan peluang ini.

Di samping berdoa untuk mendapat ruang mencari rezeki, tetap kena berusaha mencari kerja, ye tak?

Sekarang zaman dah canggih, mohon kerja pun di hujung jari sahaja. Jadi, apa kata cuba mohon di
LinkedIn.

Perkongsian seorang pengguna Twitter Asnawi Yusof @asnawiyusof ini boleh dijadikan rujukan.

Katanya, inilah cara gunakan LinkedIn supaya korang dicari oleh ‘recruiter’!

1. Pastikan ada akaun LinkedIn! Kalau tak ada, sila daftar dahulu.

2. Sila pastikan punya ‘dashboard’ pada profil tertulis ‘All Star’.

Kalau belum ada, silakan isi semua yang diperlukan. Ada di bawah saya terangkan, teruskan membaca ya!

3. Pastikan bina ‘network’ dan ‘connections’ dengan ‘industry players’. Caranya, klik pada ‘My Network’ dan cari bidang yang korang bakal terlibat.

Contohnya saya terlibat dalam bidang training, maka keyword berkaitan saya boleh cari ‘training’ atau ‘development’ atau ‘learning’ atau ‘human resource’. Jadi saya berhubung dengan mereka dan beri mereka mesej masa nak berhubung dan tulis seperti ‘nak belajar dengan mereka’.

4. Berhubung dengan mereka setiap hari. Berikan like dan komen. Dan tolong jangan komen macam kat Twitter. Komen mestilah yang pandai dan original. Bukan ‘terbaikkkkk’ atau ‘pawweeeee’.

Terbaik adalah kita berikan pendapat atau pelajaran yang boleh dipelajari daripada posting dia.

5. Jangan lupa ubah URL korang jadikan nama sendiri.

6. Oh, dan paling penting, buka tetapan (setting) ‘show recruiters you are open to work’.

Ini pula cara nak dapat All Star:

1. Gambar kena profesional. Sekarang kamera semua dah power, guna saja tetapan potret dan tangkap gambar korang. Pastikan boleh nampak muka dan sedikit baju. Gunakan pakaian profesional dan latar belakang kosong. Senyum jangan lupa!

Iklan

2. ‘Headline’ kena isi. Pastikan ada nama dan ‘title’. Untuk ‘headline’, letakkan perkataan
yang nak orang cari, contohnya ‘Aspire to be an electrical engineer’.

3. Kolum ‘about’ pula, tuliskan dalam sekitar 3-4 perenggan pasal diri, latar belakang, pencapaian / penglibatan dan tauliah. Pastikan benda tu ada unsur wow!

4. Tuliskan juga pengalaman atau penglibatan, jawatan dan apa yang pernah buat
dalam jawatan itu.

Kalau pernah kerja, tuliskan separuh masa, kontrak atau latihan praktikal. Tulis ayat ‘past tense’ kalau dah berlaku, dan letakkan kuantiti pada penerangan tersebut.

Contohnya: Latihan praktikal di syarikat A. Kemudian, salah satu pencapaian ‘Documented 25 filings within 3 months’.

5. Tuliskan pendidikan, universiti dan sekolah menengah. Sekolah rendah ini tak perlu sangat
sebab unsur sentimen alumni tak kuat.

6. Skil pun letak. At least 5 skil supaya boleh cepat dapat dalam carian.

Iklan

7. Rangkaian (connections) mesti ada sekurang-kurangnya 50 orang, lagi ramai lagi bagus.

Baca juga Pelajar IPTA boleh mohon bantuan pelajaran BPTAR RM300 sebulan

Moga bermanfaat ya semua! Selamat mencari kerja.