Graduan ijazah kelas pertama tak perlu bayar balik PTPTN, ini syarat, cara wanita perlu tahu

PTPTN
PTPTN
A
A
A

GRADUAN lepasan ijazah sarjana muda kelas pertama, ini berita gembira buat kalian. Anda dikecualikan bayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang menyatakan keistimewaan itu melibatkan semua graduan tanpa mengambil kira status ekonomi, bangsa dan agama.

Menurutnya, ia diberikan kepada peminjam yang menamatkan pengajian mereka bermula pada tahun 2019.

Sehubungan itu, beliau berharap PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung perkara tersebut terutamanya dari segi peruntukan yang terlibat.

Ujarnya, perkara terebut adalah sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka.

Bagaimanapun untuk mendapat pengecualian bayaran tersebut, salah satu syaratnya adalah mendapat keputusan yang cemerlang, ijazah sarjana muda kelas pertama.

Buat pengetahuan semua, kadar purata nilai gred kumulatif (CGPA) bagi peringkat Ijazah Kelas Pertama setiap universiti adalah berbeza-beza.

Berikut senarai kelayakan CGPA/PNGK di peringkat Ijazah Kelas Pertama bagi setiap universiti;

CGPA 3.5 dan ke atas;

  • UIAM
  • UITM

CGPA 3.67 dan ke atas;

  • UTM
  • UKM
  • UUM
  • USIM
  • UNISZA
  • USIM
  • USM
  • UMS
  • UNIMAP
  • UMP

Baca juga Wanita wajib tahu, ada 17 jenis pengeluaran KWSP boleh dibuat sebelum pencen

ptptn

CGPA 3.7 dan ke atas

  • UM
  • UPSI
  • UTHM
  • UMT

CGPA 3.75 dan ke atas

  • UPM
  • UMK
  • UTEM
  • UNIMAS

Sementara itu, ini antara syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman;

1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa.

2. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT.

3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.

4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.

5. Kursus/program yang diikuti oleh pemimpiam di Institusi Pengajaian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan.

Baca juga Permaisuri Agong kongsi pengalaman tidak dapat susukan zuriat, rasmi bank susu patuh syariah pertama di Malaysia

6. Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

7. Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).

Permohonan boleh dibuat secara online di portal PTPTN; https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh berkunjung ke kaunter PTPTN berdekatan dan perlu membuat janji temu online terlebih dahulu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca