Kreatif sungguh! Wanita kongsi cara DIY tempat sangkut tudung lepas iron raih perhatian ramai

HANYA wanita yang faham perasan bila tudung atau hijab yang siap digosok menjadi berkedut.

Mungkin selepas ini tidak lagi, seperti perkongsian seorang wanita yang menunjukkan cara DIY mudah bagi mengatasi ketiadaan tempat untuk menyangkut tudung yang siap digosok.

Bahkan, ia dapat menyangkut tudung dalam kuantiti yang banyak serta mengelak ia kembali berkedut.

Video berkenaan kini telah meraih lebih 2.5 juta tontonan dan hampir 150,000 tanda suka di TikTok.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh @NorpadilahDiyCrafter itu, pengangkit tudung tersebut mampu membantu wanita ynag gemas menggosok banyak tudung untuk kegunaan setiap hari.

Baca juga Tak perlu invest ribuan ringgit, guna cara DIY ini hasilkan pagar lebih stail, privacy

 

“Jom kita cari solusi macam mana nak selesaikan isu utama perempuan, tudung dah siap gosk banyak-banyak tak tahu nak sangkut kat mana.

“Ngam tujuh hari untuk anda yang memang suka gosok tudung sekali harung. Yang penting awning tu, jangan sampai kedut. Itulah paling payah nak jaga,” jelasnya.

Video berdurasi 58 saat itu memaparkan cara mudah membuat penyangkut tudung dengan hanya menggunakan batang mop, engsel dan papan sahaja.

Baca juga Sangat power! Ini cara DIY pati semburan kawalan serangga organik 3 bahan, selamat & jimat

Sungguh unik dan kreatif! Video berkenaan mencuri tumpuan warga maya yang rata-ratanya memuji cara kreatif yang dikongsi serta mengatakan masalah wanita akhirnya terjawab.

Ujar mereka;

Iklan

“Jual yang ni jer please! Haha penat nak sepit-sepit…”

“Wow. Idea terpaling bagus, nak buat jugak la.”

“Weh kreatif gila otak u sistur, lurveeee lurveee, please la jual malas nak buat.”

“Pergh perempuan kalau buat keje macam ni lebih teliti dari lelaki tengokla hasil dia… bijak idea puan!”

Iklan

“Ya ALLAH kak ni betul-betul penyelamat saya ni. Senang jer plak tu. Proud of you kak.”

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!