Bida plat UITM mulai 26 Ogos ini. Staf, pelajar dan alumni jangan lepaskan peluang!

A
A
A

TEMPAT jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat melanjutkan pengajian hingga mendapatkan segulung atau barangkali dua tiga skrol untuk disimpan sepanjang hayat.

Kepada mereka yang pernah menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan mahu menyimpan kenangan dengan menara gading itu bolehlah membeli sambil membantu universiti tersebut untuk menjana pendapatan.

Staf dan alumni pun boleh menggunakan plat baharu UITM 1-9999.

Artikel berkaitan: Selamat membida ‘Sayang’

Ia seperti yang diuar-uarkan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof Ts Dr Mohd Fozi Ali dua hari lalu:

7 Ogos 2020: Warga & alumni UiTM pasti bangga dgn UiTM. Jom kita pakat beli dan guna plat baru UITM 1-9999. Bantu UiTM jana pendapatan. Sesiapa yang ada kaitan dengan UiTM terutama staf, pelajar dan alumni pasti bangga kalau plat UITM dijadikan kenangan seumur hidup pada kenderaan masing-masing.

Terbuka kepada semua yg berminat.....semak https://uitmbida.uitm.edu.my/ mulai 26 Ogos 2020. Anda mungkin salah seorang daripada 9999 yang berpeluang!!

Ternyata posting yang dimuatnaik Dr Mohd Fozi itu mendapat banyak perkongsian warganet yang semestinya ada perkaitan rapat dan langsung dengan UiTM.

Kepada mereka yang berkenaan apa lagi... Jangan lupa bida plat itu nanti ya! Bolehlah 'tag' saudara, rakan dan taulan yang ada kaitan dengan UiTM tu... -AG

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca