SIAPA punya tabiat suka simpan papan kek di rumah?

Jika ya, jangan bimbang sebab anda tidak keseorangan. Ramai yang perangai begitu.

Ibu admin juga salah seorang daripada individu yang gemar menyimpan papan tersebut setiap kali membeli kek.

Bermacam bentuk dan saiz beliau ada.

Sayang hendak buang, katanya. Mana tahu boleh guna nanti.

Pun begitu, sampai sekarang ia hanya disimpan sahaja di dalam kabinet dan tidak digunakan pun. 🙂

Baca juga: Tip mudah buang lapisan lemak dalam sup daging, guna ‘senduk sejuk’ jer. Boleh guna buang minyak lebihan dalam sambal juga!

HIASAN BELAKANG PINTU

Namun, selepas menonton sebuah cuplikan video seorang pengguna Instagram menggunakan username @norpadilahdiycrafter tentang cara menghasilkan hiasan pintu secara DIY sahaja, admin terus ingin berkongsikan info itu bersama dengan ibu.

Menurut wanita tersebut, bahan-bahan yang digunakan terdiri daripada barangan terpakai termasuk papan kek yang sudah tidak digunakan.

 

Bahan yang diperlukan untuk dekorasi tersebut adalah seperti berikut:

Papan kek bentuk bulat
Kain guni
Bunga kecil
Benang
Gam

Kaedah penyediaan:

  1. Tanggalkan kertas pembalut pada papan kek.
  2. Gunting kain guni menjadi separuh bulatan.

3. Potong-potongkan bahagian tepi material tersebut supaya senang hendak dilekatkan menggunakan gam.

4. Lekatkan hook pada bahagian belakang papan hiasan supaya mudah hendak digantung.

5. Gubah bunga ikut selera masing-masing.

Iklan

6. Guntingkan sedikit kain guni menjadi bentuk segi empat tepat dan ikat benang di bahagian tengah supaya menjadi bentuk reben.

7. Lekatkan reben pada hiasan pintu yang telah siap.

Baca juga: Sangat power! Ini cara DIY pati semburan kawalan serangga organik 3 bahan, selamat & jimat

Baca juga: Wanita ini kongsi DIY pencuci homemade guna tiga bahan jer. Siap bantu tanggalkan kesan karat!

Untuk anda yang mempunyai papan tersebut di rumah, apa kata cuba cara terbaik.

Iklan

Daripada dibuang begitu sahaja, apa kata anda manfaatkan papan kek tersebut menjadi perhiasan yang menambah seri pada ruang rumah.

Kalau dibuat sendiri, boleh jimat dan yang penting ia dihasilkan mengikut cita rasa sendiri.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang