Hadkan aktiviti luar, 8 info cuaca panas dijangka berpanjangan hingga Ogos

MEMANG bahang kini makin terasa. Hampir seminggu negara kita mengalami musim panas.

Heboh di laman sosial orang ramai meluahkan cuaca membahang sehingga ke melam hari hampir di semua tempat seluruh negara.

Namun dalam perkembangan terbaru, Malaysia dijangka mengalami cuaca panas berpanjangan sehingga Ogos, susulan musim peralihan monsun.

Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berikut info berkaitan;

1. Cuaca panas itu membabitkan semua negeri, namun yang paling terkesan ialah negeri di utara dan pantai timur.

2. Kawasan di utara lebih teruk dan paling ketara dengan ada kawasan bersempadan dengan Thailand mencecah suhu lebih 37 darjah celcius.

3. Dijangka keadaan ini berlarutan sehingga Ogos kerana peralihan monsun. Selepas Ogos dijangka kembali hujan.

4. Terdahulu, daerah Jeli merekodkan cuaca panas pada gelombang haba tahap dua yang suhu hariannya dijangka boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, bermula Jumaat lalu.

5. Jabatan Meteorologi berkata, 15 kawasan lain di Semenanjung pula berada pada tahap satu, iaitu pada kategori berjaga-jaga.

6. Susulan musim panas yang berpanjangan tanpa hujan akan menyebabkan beberapa kawasan dilanda jerebu. Beberapa kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, termasuk Tanah Merah dan Cheras.

Baca juga Cuaca panas terik membahang, suhu dijangka lebih 54 darjah Celcius di Thailand, 3 lokasi di Malaysia kena tempias

Iklan

Elak aktiviti luar, berjimat dan minum air dengan banyak. Cuaca panas dijangka berlanjutan hingga April

7. Bila cuaca panas kebakaran hutan terutama kawasan tanah gambut mudah berlaku yang boleh menyumbang kepada masalah jerebu lebih teruk.

8. Untuk mengekang masalah itu, pihaknya bekerjasama dengan pelbagai agensi membabitkan beberapa kementerian bagi memantau pembakaran terbuka.

Baca juga Henti pembakaran terbuka! Negara dalam fasa kedua Monsun Timur Laut, cuaca panas, kering

Iklan

Sementara itu, ini tip bagi mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas;

  • Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti. Jangan tunggu hingga dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Berada di dalam rumah atau bangunan.
  • Hadkan aktiviti luar.
  • Berehat dengan kerap.
  • Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan badan.
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.