TIDAK dinafikan ayam merupakan salah satu jenis daging putih yang menjadi kegemaran ramai.

Namun akhir-akhir ini, ayam kembali menjadi isu hangat apabila ia mengalami kenaikan harga mendadak dan pengguna juga dikenakan caj pemotongan yang dikira per kilogram (kg).

Malah apa yang menjadi rungutan ramai, ayam juga susah didapati kerana kebanyakan pasar kehabisan stok.

Semalam Bibir Merah sendiri turun ke pasar malam berdekatan rumah untuk mendapatkan bekalan ayam.

Ternyata memang melambung harganya bila dikenakan RM10.80 satu kg dengan upah potong 60 sen/kg.

Kata peniaga berkenaan, harga ayam hari ini dan selepas ini tidak boleh terkejut.

“Kerana beginilah situasinya. Kami ikut sahaja. Mahu atau tidak kami terpaksa menjual mengikut harga yang ditetapkan. Kami juga tak dapat untung banyak.

“Bila pembekal naikkan, kami pun terpaksa naikkan sedikit untuk tampung kos yang pelbagai. Pun begitu, stok ayam kami cepat habis diborong hari ini,” ujarnya.

Baca juga Organ hati paling tinggi jumlah nutrisi, usah berlebihan boleh mudarat

ayam sakit jantung

Baca juga Suami halau isteri gara-gara masak lemak cili padi terlebih kuning, ini cerita peguam syarie

Iklan

Bibir Merah pun akur dengan kenyataan peniaga berkenaan. Terima atau tidak demi keperluan, kita sebagai pengguna tetap akan membelinya.

Selain ayam, harga ikan dan sayur-sayuran juga menjadi rungutan ramai. Ia sangat membebankan.

Bagaimanapun hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, satu mesyuarat Kabinet diadakan esok bagi membincangkan dua isu utama berhubung peningkatan kos sara hidup dan bekalan ayam.

Beliau juga meminta agar mesyuarat itu dipercepatkan supaya kedua-dua isu tersebut dapat ditangani segera.

Iklan

Bibir Merah juga berharap agar isu ini segera diteliti dan mendapat solusi yang terbaik seperti menetapkan harga siling ayam yang berpatutan bagi kebaikan semua.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI