Hati-hati dengan kamera tersembunyi kat fitting room. Ini cara-cara nak track alatan tu

BARU-BARU ini, satu screen shot daripada satu video yang memaparkan suasana bilik persalinan atau fitting room di sebuah butik pusat beli-belah tular secara meluas.

Masalahnya, semua orang tahu bahawa fitting room merupakan satu kawasan privasi.

Namun, apa yang berlaku memang mengecawakan.

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang memasang kamera tersembunyi semata-mata mahu memuaskan nafsu memang buat ramai geram dan tak puas hati.

Tidak cukup dengan itu, individu durjana itu sanggup memuat naik ‘sneak peak’ di dalam satu kumpulan sembang di media sosial dengan kapsyen, “Nak beli pm.”

Kredit foto: Henry & Co

Memang over. Dahlah buat rakaman tanpa kebenaran, dijadikan pula sebagai ‘modal’ jualan.

Baca juga: “Jangan ingat kereta kecil tak ada kamera” Wanita dedah rakaman dash cam bantu kesan pelaku langgar lari

Hasil tinjauan SinarPlus mendapati, rata-rata warga maya menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan individu yang membuat perbuatan terkutuk itu.
Berikut antara luahan mereka:

“Siapa yang tahu di mana tempat ni, tolong report. Biasanya yang kerja di situ atau bahagian maintenance punya kerja.”

Kredit foto: More Amore

“Siapa punya kerjalah upload video ni masuk media sosial. Tak ada kerja lain agaknya selain sebarkan aib orang. Tak tahu pula fitting room sekarang dah ada CCTV, bahaya juga. Nasiblah jenis tak suka pergi fitting room. Take care girls.”

“Sejak bila fitting room ada kamera.”

“Sebab tu sebelum fitting aku pandang atas bawah, kiri kanan, kalau ada lubang dekat atas pun aku waswas.”

“Tak kisah yang kena rakam lelaki atau perempuan, ni dah melampau sangat!.”

KENA LEBIH ALERT

Kredit foto: Burst

Walaupun kita rasa dah rasa selamat kalau berada di dalam fitting room, tetapi jangan percaya sangat dengan perasaan itu.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu diperhatikan.

Bukan saja di kawasan itu, sama juga kalau kita berada di tempat tertutup seperti tandas awam dan hotel.

Pada kesempatan ini, SinarPlus nyatakan tip tentang cara-cara mengesan kamera tersembunyi seperti yang dikongsi Alfred.camera dan Wikihow.com, berikut inti patinya:

1. Perhatikan keadaan sekeliling.

Kredit foto: Pixabay

– Biasanya kamera tersembunyi dipasang pada alat pengesan asap, barangan elektrik, lampu, buku, lubang kecil di dinding, gambar, jam dan sebagainya.

Iklan

2. Periksa ruangan kecil
– Sekiranya anda mendapati ada ruangan kecil yang tak ada fungsi, perhatikan lubang itu dan gunakan jari untuk periksa sama ada terdapat lensa kamera ataupun tidak.

3. Gunakan alat pengesan frekuensi radio
– Salah satu cara untuk mengesan adanya kamera tersembunyi adalah dengan menggunakan alat pengesan frekuensi radio.
– Walaupun ia tak mudah untuk diakses, tetapi orang ramai boleh cuba terlebih dahulu kerana tidak semua kamera tersembunyi boleh dapat dilihat oleh mata.

4. Pertimbangkan sudut terbaik di dalam ruangan itu

Kredit foto: Pixabay

– Langkah pertama yang perlu anda lakukan sebaik sahaja masuk ke bilik adalah melihat kepada sudut terbaik yang boleh merakam pergerakan keseluruhan ruang berkenaan.

5. Lihat cermin atau hiasan yang diletakkan pada tempat yang ganjil
– Jika anda perasan gaya persembahan ruangan bilik tidak seperti biasa, contohnya cermin atau hiasan diletakkan pada ketinggian yang tak sepatutnya, ia mungkin ada kamera yang disembunyikan.

6. Matikan lampu untuk mencari kamera
– Kebanyakan kamera mempunyai lampu merah atau hijau yang berkelip atau dinyalakan secara berterusan dan ia dapat dikesan sewaktu lampu bilik dipadamkan.

7. Pengesan kamera DIY

Iklan
Kredit foto: Pixabay

– Kos untuk membeli pengesan kamera profesional agak mahal, jadi tak perlu keluarkan duit banyak untuk mendapatkannya, caranya dengan menggunakan tuala kertas dan lampu suluh.
– Langkah penggunaannya adalah matikan kesemua lampu di dalam bilik (pada waktu malam). Seterusnya diikuti dengan pegang gulungan tuala kertas pada sebelah mata, kemudian tutup mata sebelah lagi. Letakkan lampu suluh pada paras mata (di hadapan mata tertutup) dan hidupkan lampu suluh. Lihat ruangan bilik dan perhatikan kilatan semasa anda berbuat demikian.

Kepada kaum Hawa khususnya, sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Jangan ambil mudah sekiranya berada di tempat awam, kerana pada masa kini, segala perbuatan kita boleh diperhatikan tanpa disedari.

Baca juga: Ketawa sakan sampai terdiam masa live, Fiza Sabjahan, Fatin Hamimah kekal profesional depan kamera

Baca juga: Tengah on air tiba-tiba kejung depan kamera, wartawan pengsan ketika bertugas, sempat inform tak sihat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.