“Jangan ingat kereta kecil tak ada kamera...” Wanita dedah rakaman dash cam bantu kesan pelaku langgar lari

A
A
A

ZAMAN ini kamera papan pemuka atau ‘dash cam’ merupakan keperluan penting bagi setiap kenderaan.

Ini kerana rakaman video dash cam boleh membantu kita untuk menjelaskan situasi sebenar kepada pihak polis atau wakil insurans sekiranya terjadi kemalangan.

Bukti dalam bentuk video merupakan bahan yang ‘ampuh’ untuk menghapuskan segala putar belit pengguna jalan raya yang hendak melepaskan diri daripada disaman pihak berkuasa.

Pendedahan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Syafiqah yang menceritakan pengalaman menjadi mangsa langgar lari boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.

Dalam kemalangan yang berlaku 30 November lalu, kenderaannya telah dilanggar lari dan pelakunya tidak mengakui kesalahan.

Namun rakaman dashcam keretanya menjadi bukti menyelamatkan keadaan.

Berikut adalah perkongsiannya;

“Pentingnya dash cam zaman sekarang. Orang kata jangan terkena baru nak terngadah.

“Perlu diingatkan zaman sekarang ni ramai pemandu ‘kurang waras’ di jalan raya. Jangan husnuzon sangat. Apabila kita sudah cukup berhemat, muncul orang lain yang tidak berhati-hati dan terus melanggar.

"Sudahlah melanggar, kita pula yang dipersalahkan.

“Jadi mana lagi bukti kukuh yang kita boleh dapatkan untuk menang kes sebegini kalau bukan dengan rakaman dash cam?

“Saya menjadi mangsa keadaan, Alhamdulillah semua berjaya direkod dengan jelas dan telah diserahkan kepada pihak polis.

“Ceritanya bermula ketika saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru pada 30 November 2021.

“Pada jam 11.00 pagi, saya melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan berada disekitar Yong Peng ke Pagoh.

“Tepat pada jam 11.12 pagi, sebuah kereta Perodua Bezza berwarna biru, nombor plat kenderaan *******  telah melanggar kereta saya.

“Boleh dilihat dalam rakaman video, saya memandu pada lorong disebelah kiri dengan kelajuan bawah 90 kilometer sejam (km/j). Saya memang nampak dari cermin sisi, kereta itu bergerak dengan laju dari belakang.

“Laju sangat, dalam 120km/j barangkali dan ia terus melanggar kereta saya pada bahagian belakang, sebelah kanan. Selepasmelanggar, ia terus melulu ke depan tanpa berhenti."

Baca juga: Kronologi Kemalangan Ngeri Bas Rempuh 10 Kenderaan Di Pulau Pinang

Kata Nor Syafiqah, terang lagi bersuluh dia menjadi mangsa langgar lari. Ia dibuktikan daripada rakaman dash cam pada bahagian hadapan dan belakang keretanya.

“Alhamdulillah tiada kecederaan mungkin kerana saya pandu perlahan dan mampu mengawal stereng.

“Saya berhenti ditepi jalan selepas dilanggar. Rasa sakit pada kaki kanan dan tengkuk. Saya juga trauma kerana terkejut.

Katanya, ketika itu dia amat geram dengan sikap pemandu berkenaan. Apatah lagi apabila mendapati keretanya rosak teruk akibat perlanggaran itu.

Kerosakan yang besar berlaku di mana bahagian kereta elakang remuk manakala tayar hancur. Ia amat membahayakan!

“Saya menangis, meraung dan menggigil. Hampir dua jam tidak fikir apa-apa. Tidak boleh bercakap dengan tenang, lebih-lebih lagi apabila tidak tahu siapa ada berdekatan.

“Saya menghubungi 911, itu pun penuh cemas. Tidak terungkap kata-kata.

“Cuma satu benda bermain di fikiran, saya fikir untuk save video dash cam terlebih dahulu sebab tahu kena buat laporan polis.

“Apabila polis tiba di lokasi kejadian, saya dibawa ke pejabat PLUS di Yong Peng. Dalam kereta polis, saya tunjukkan video-video dirakam dash cam.

“Seorang anggota polis berpangkat sarjan terus menghubungi pemilik kereta yang melanggar. Tetapi dia tidak mengaku bersalah.

“Dia memberitahu alasan. Mengatakan Sarjan tersebut salah nombor dan dia tidak memiliki kereta. Dia cuba untuk ‘memusingkan’ cerita untuk ‘cover.’

“Polis beritahu saya mereka akan sampai ke rumah. Terima kasih Sarjan Omar.

“Selesai membuat polis, sarjan berkenaan memberitahu pemilik kereta berkenaan turut membuat laporan polis," katanya.

Menurut Nor Syafiqah, dalam laporan polis pemilik kereta tersebut mengatakan bahagian depan keretanya itu hancur, manakala bahagian bumper tercabut.

Malah pemilik kereta tersebut turut mendakwa Nor Syafiqah menukar laluan.

“Kata Sarjan dia cakp awak dari lorong kanan masuk ke lorong kiri. Kemudian dia rapat, awak terus jalan sahaja.,

“Adakah kamu berpendapat kereta kecil dan murah tidak kamera? Kamu memang silap besar!”

“Kita ada bukti jelas, terang dan nyata. Siapa duduk di lorong kanan, siapa memandu di lorong kiri? Apa lagi hendak pusing cerita?

Nor Syafiqah berkata laporan yang dilakukan pemilik kereta yang melanggarnya itu tidak masuk akal.

Melalui trauma semasa kejadian, wanita itu malah mahu kisahnya menjadi pengajaran.

Gambar hiasan (Kredit foto: Reichelt)

“Maka, jadikanlah ini satu pengajaran. Alhamdulillah memang dari bulan Mei 2021 saya sudah memasang dash cam kerana risau perkara sebegini terjadi.

“Dash cam kalau boleh biarlah terang dan berguna. Biar gunakan duit lebih sikit untuk keselamatan kita, sebab kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

Moga kes ini menjadi pengajaran buat kita semua. Dash cam mustahak kerana dapat merakam kejadian dan boleh dijadikan bukti penting jika berlakunya kemalangan atau jenayah.

Jadi, dapatkan dash cam yang sesuai dengan bajet masing-masing untuk di kenderaan masing-masing untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang.

Baca juga: Angkara kanvas terbang, dua pengguna jalan raya nyaris maut digilis lori

Baca juga: Myvi kuning hancur, pemandu selamat. 5 kenderaan dirempuh lori laju positif dadah

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Facebook Nor Syafiqah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca