Hati-hati dengan taufan Molave, ini penting apa perlu anda tahu

A
A
A

KOMUNITI maritim di Sabah diminta berhati-hati untuk melakukan aktiviti di laut selepas negeri itu menerima tempias taufan tropika Saudel dan Molave yang membadai dari arah barat daya Manila, Filipina dengan kelajuan purata 139 kilometer sejam (km/j).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga telah mengeluarkan notis Nasihat Taufan Molave yang berada di kedudukan kira-kira 678 kilometer (km) ke tenggara Da Nang, Vietnam.

MetMalaysia dalam satu kenyataan juga memaklumkan taufan Molave itu sedang bergerak ke arah barat dengan kelajuan 25 km sejam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 157 km sejam.

Menurut kenyataan itu, taufan berkenaan boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

Hati-hati dengan taufan Molave, ini penting apa perlu anda tahu

Kenyataan itu menyebut jarak taufan dari bandar terdekat adalah kira-kira 787 km ke barat laut Kudat, Sabah.

Untuk pengetahuan, secara asasnya taufan atau siklon tropika merupakan ribut akibat haba yang dilepaskan apabila udara panas naik dan wap udara di dalamnya memeluwap.

Keadaan tersebut dinamakan siklon tropika kerana ia serupa siklon dan terjadi di tropika sementara putarannya melawan jam di hemisfera utara dan mengikut arah jam di hemisfera selatan.

Kesan taufan

  • Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.
  • Jika berlaku di daratan pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda, menjadikan puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh.
  • Selain itu, taufan juga mampu mengakibatkan banjir besar.
  • Sejak dua kurun yang lalu, taufan bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih kurang 1.9 juta mangsa di seluruh dunia.

Menurut laporan media tempatan, Molave dijangka menjadi ribut terburuk yang memiliki angin paling kuat dalam tempoh 20 tahun,

Vietnam terdedah pada bencana alam pada musim hujan antara Jun dan November dengan wilayah pesisir tengah antara yang selalu terkesan teruk dengan kejadian itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca