TIBA-TIBA sahaja rasa gatal dan ada kesan tompok merah!Ha, itulah kurap.

Kurap adalah ruam pada kulit akibat daripada jangkitan kulat. Ia biasanya berlaku di mana-mana bahagian tubuh, tetapi biasanya di kulit kepala, pelipat dan celah jari kaki, serta kuku dan rambut.

Jangkitan kulat berlaku melalui sentuhan; sama ada dengan manusia atau haiwan yang berkurap atau dengan objek yang mempunyai kulat.

Ia juga boleh jangkit dari satu bahagian tubuh ke bahagian lain orang yang sama melalui sentuhan.

Menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, antara pemangkin jangkitan kulat adalah keadaan kulit yang sentiasa lembab akibat pemakaian baju yang diperbuat daripada fabrik yang tidak menyerap peluh atau iklim yang lembap dan panas.

Jika jangkitan di kulit kepala dan pelipat, biasanya ia akan kelihatan seperti bulatan merah berbentuk gegelang dan tengahnya kulit kering bersisik. Biasanya orang panggil kurap atau ‘ringworm lesion’.

Namun, jika jangkitan celah jari dan tapak kaki, biasanya ia basah dan berlubang-lubang.

Ia boleh mengakibatkan kaki berbau, terutamanya apabila berpeluh. Ini biasanya orang panggil kulat air atau “athlete’s foot”.

Hati-hati musim panas! Elak badan lembab cegah jangkitan kurap

Kurap dirawat dengan ubat anti-kulat dalam bentuk salap (sapuan) atau ubat makan (pil/tablet).

Iklan

Ubat sapuan boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi, manakala ubat makan perlukan preskripsi doktor.

Selain itu, doktor juga akan beri ubat gatal.

Kurap boleh dicegah dengan cara berikut;

1. Jaga kebersihan persekitaran

2. Amal akan pemakanan sihat

3. Elak kongsi tuala, stoking dan lain-lain

4. Mandi selepas bersukan dan beriadah

5. Elak peram pakaian/tuala kotor

6. Bersihkan kasut dua kali seminggu

Baca juga Ada sebab kenapa wanita dilarang angkat benda berat, penting untuk anda tahu!

Golongan remaja banyak terkena jangkitan kurap! Jadi, ibu bapa kena selalu ingatkan mereka untuk jaga kebersihan diri dan persekitaran!

Iklan

Semoga bermanfaat!