Hati-hati wanita! Gula-gula gelatin khinzir lengkap logo halal di pasaran, berikut 5 info daripada JAKIM
HATI-hati dalam memilih makanan, termasuk gula-gula gelatin khinzir ini. Jangan terlepas pandang, statusnya meragukan walaupun terpampang logo halal pada label.
Kenyal dan berperisa, gula-gula gelatin tidak hanya menjadi kegemaran kanak-kanak, malah turut disukai individu dewasa.
Gula-gula Soft Candy With Jam baru-baru ini menarik perhatian warga siber dan tular kerana menggunakan bahan tidak halal iaitu gelatin daripada khinzir. Namun timbul isu yang meresahkan pengguna apabila ia menggunakan logo halal pada labelnya.
Berikut lima info produk berkenaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan tentang gula-gula berkenaan:
1-JAKIM mendapati produk manisan Soft Candy With Jam yang tidak dinyatakan alamat pengeluar sebenar rentetan terdapat maklumat kandungan bahan mentah produk tersebut yang mengandungi ramuan tidak halal iaitu pork gelatine (gelatin babi) pada label pembungkusan produk.
2-Pada produk tersebut juga tertera logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region dan ia telah mengundang keresahan dan salah faham masyarakat terhadap pensijilan halal Malaysia.
3-Bagi makluman semua, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang TIDAKDIIKTIRAF oleh JAKIM. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.
3-Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang belian dan transaksi.
4-Pengguna yang menjumpai produk tersebut di pasaran dinasihatkan mengemukakan aduan lengkap dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my / http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/
5-Untuk mengetahui senarai badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau muat turunnya di https://drive.google.com/.../1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1...
Dalam pada itu, JAKIM turut berkongsi enam logo halal China yang diiktiraf olehnya.
4 tip pengguna berkaitan isu halal
1-Produk tempatan:
Utamakan & beli produk yang mempunyai logo halal Malaysia.
Ketahui status halal produk melalui direktori halal Malaysia www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal http://www.smarthalal.com.my/faq.html
2-Produk import:
Ketika membeli produk luar negara, utamakan yang mempunyai logo halal luar negara yang Diiktiraf oleh JAKIM.
Ketahui logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di http://bit.ly/DownloadPDFLogoHalalLuarNegara
3-Isu halal yang tular
Sabar sebelum sebar. Pengguna dinasihatkan boleh menyemak penjelasan terkini berkaitan isu-isu halal yang menular di media sosial melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal http://www.smarthalal.com.my/. Boleh sebarkannya kepada ahli keluarga, sahabat handai dan semuanya. ?
4-Produk tiada logo halal
Ia bukan bermaksud tidak halal. Semak dan baca dengan teliti maklumat kandungan bahan ramuan yang dicetak pada label produk tersebut. Jika berpuas hati dan yakin barulah beli. Jika ragu-ragu, meninggalkannya adalah lebih baik.
Sumber: JAKIM
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang