Henti pembakaran terbuka! Negara dalam fasa kedua Monsun Timur Laut, cuaca panas, kering

Elak aktiviti luar, berjimat dan minum air dengan banyak. Cuaca panas dijangka berlanjutan hingga April
Elak aktiviti luar, berjimat dan minum air dengan banyak. Cuaca panas dijangka berlanjutan hingga April
A
A
A

PEMBAKARAN terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran udara.

Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Keadaan pencemaran menjadi lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam.

Justeru, orang ramai diingatkan tidak melakukan pembakaran terbuka pada waktu cuaca panas dan kering ketika ini berikutan negara sedang mengalami fasa kedua Monsun Timur Laut sehingga pertengahan Mac ini.

Baca juga Hati-hati 5 haiwan kerap muncul di kawasan rumah ketika cuaca panas, cari port lembap

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, ini penjelasan lanjut mengenainya;

1. Dalam tempoh itu, taburan hujan di seluruh negara akan mengalami pengurangan dan menyebabkan keadaan cuaca panas serta kering di Semenanjung.

2. Sewaktu tempoh cuaca panas dan kering ini, peningkatan pembakaran terbuka terutama di kawasan mudah atau sering terbakar seperti di kawasan tanah gambut serta tapak pelupusan sampah dikhuatiri berlaku.

PKPP: Cameron Highlands kembali 'panas'

3. Ia termasuk peningkatan kes dan aduan pembakaran terbuka di tapak pembuangan sampah haram, kawasan perumahan atau kejiranan.

4. Tindakan penguatkuasaan lebih tegas akan diambil pihak mewujudkan tapak pelupusan sampah haram bagi menangani isu pembakaran terbuka serta pencemaran udara.

5. Mereka yang disabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 29 (A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, termasuk kompaun sehingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.

6. Selain itu, orang ramai diminta melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau melalui e Aduan JAS di laman sesawang https://eaduan.doe.gov.my.

Baca juga Awas! Cuaca panas musim ular masuk rumah, ini apa yang perlu anda tahu

Elak aktiviti luar, berjimat dan minum air dengan banyak. Cuaca panas dijangka berlanjutan hingga April

Sementara itu, ini tip bagi mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas;

  • Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti. Jangan tunggu hingga dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Berada di dalam rumah atau bangunan.
  • Hadkan aktiviti luar.
  • Berehat dengan kerap.
  • Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan badan.
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca