Hentikan imbasan suhu pada tangan, ia tidak benar sama sekali

No Image Caption
A
A
A

UMUM mengetahui antara salah satu prosedur yang memerlukan semua orang melaksanakan pemeriksaan suhu terutamanya ketika ke pusat membeli-belah, kedai, restoran mahupun lokasi-lokasi lain.

Namun demikian, pemeriksaan suhu sepatutnya dilakukan pada dahi bukannya pada tangan.

Mengulas lanjut mengenai itu, Dr Nurul Yaqeen Mohd Isa ketika dihubungi SinarPlus semalam berkata, dirinya ingin menyeru semua pihak yang terlibat agar mendengar pesanan yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan kita, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham.

Semua orang perlu menggunakan teknik pemeriksaan suhu yang dicadangkan iaitu menggunakan teknik imbasan suhu pada dahi kerana teknik itu adalah lebih tepat dan akan memberikan bacaan suhu badan yang sebenar.

Ini kerana, pusat kawalan suhu badan manusia atau lebih dikenali sebagai ‘Thermoregulatory centre’ berada di bahagian otak yang bernama hypothalamus.

Oleh itu, bacaan suhu yang diambil pada dahi adalah lebih tepat kerana kedudukannya yang terletak berdekatan dengan pusat kawalan suhu badan.

Artikel berkaitan: Covid-19: Risiko besar kuarantin di rumah

Terdapat beberapa kajian yang membandingkan bacaan suhu badan yang diambil pada dahi, telinga dan tangan dan didapati bacaan suhu yang diambil pada dahi dan di telinga adalah lebih tepat.

Sebaliknya, bacaan suhu yang diambil pada tangan adalah tidak tepat.

Oleh itu, amat wajarlah untuk mengambil bacaan suhu pada dahi atau telinga bagi memastkan bacaan suhu badan yang diambil adalah betul dan tepat.

"Bukan apa, bacaan suhu yang salah akan menyebabkan rawatan yang diberi juga adalah tidak bertepatan dengan punca penyakit sebenar," katanya.

Pada masa sama, suhu yang perlu dibimbangkan adalah apabila ia melebihi 37.5 darjah Celcius.

Suhu normal pula adalah antara 35.4 hingga 37.4 darjah Celcius.

"Jadi, orang ramai janganlah mengambil mudah aspek pemeriksaan suhu ini kerana ia merupakan tindakan praktikal mengekang Covid-19," tuturnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca