Honda Malaysia tawar diskaun 25% untuk pelanggan terjejas banjir

A
A
A

BANJIR yang melanda negara menyebabkan kerosakan ribuan kenderaan yang mungkin ditenggelami air atau dihanyutkan.

Buat pemilik kenderaan, bencana yang terjadi benar-benar menguji kerana terpaksa menanggung kos pembaikan dan alat ganti.

Bagi membantu pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir. Honda Malaysia melancarkan program bantuan banjir.

Baca juga: Jangan Cuci Dulu, Tangkap Gambar, Berikut 5 Tip Buat Tuntutan Insurans Kenderaan Selepas Banjir

Melalui program ini, Honda memberikan bantuan membaik pulih kenderaan pelanggannya (yang membeli kereta daripada pengedar sah Honda) yang terjejas.

Syarikat itu menawarkan kepada pemilik kereta Honda yang terjejas diskaun 25% untuk alat ganti tulen di bawah program ini.

Program Bantuan Banjir ini berlangsung dari sekarang hingga 31 Januari 2022.

Pelanggan yang terjejas dinasihatkan untuk melawat mana-mana pengedar sah Honda untuk proses penilaian dan perkhidmatan pemeriksaan.

Selain itu, pelanggan Honda yang melanggan Honda Insurance Plus (HiP) boleh menikmati pemeriksaan kereta percuma untuk kereta. Ia bagi memastikan kereta mereka selamat untuk dipandu dan dalam keadaan baik, terutamanya selepas banjir.

Selain menyediakan perkhidmatan menunda kereta yang rosak akibat banjir kepada pengedar sah Honda terdekat, pelanggan HiP berhak menerima elaun banjir sehingga RM1,500 (tertakluk terma dan syarat) untuk meringankan beban mereka.

Pada masa yang sama, Honda Malaysia bekerjasama rapat dengan syarikat insurans untuk mempercepatkan proses tuntutan bagi pelanggan yang terjejas.

Baca juga: Kereta Tenggelam Banjir, Jangan Hidupkan Enjin. Lakukan 9 Tip Ini

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca