TIDAK dinafikan terdapat segelintir ibu bapa yang susah hati apabila anak mereka enggan untuk makan nasi.

Jangan risau, tip perkongsian Pakar Pemakanan dari Aishah Kassim Academy, Noriza Dahalan mungkin dapat membantu mengatasi masalah anda.

1) Ada TOLERANSI dengan makanan

Kita hendak wujudkan dalam diri anak tentang penerimaan pada makanan yang dia nampak.

Mula-mula anda boleh letakkan nasi jauh dari pinggan anak, kemudian dekatkan dengan pinggan makan anak.

Tak perlu suruh anak pegang nasi itu lagi. Bagi dia tengok dulu nasi itu. Kita mahu biasakan anak nampak dan tahu kewujudan nasi itu dan di samping membina kepercayaan anak pada nasi yang dia lihat itu.

2) Ada INTERAKSI dengan makanan tanpa menyentuh makanan itu lagi

Anda cuba ajak anak untuk sendukkan nasi ke dalam pinggan atau mintanya agihkan pinggan yang berisi nasi kepada ahli keluarga yang makan bersama.

Selain daripada itu, anda boleh juga ajak anak lakukan aktiviti seperti menyenduk nasi dari pinggan ke pinggan yang lain.

Make it fun! Kanak-kanak sangat suka pada perkara yang dapat melibatkan diri mereka. Lama-kelamaan, cara ini dapat bantu anak untuk rasa selesa dengan nasi tu.

3) Dapat menerima BAU makanan

Letakkan nasi di hadapan anak, bila anak nampak selesa, boleh ajak anak bau nasi itu bersama-sama.

Kemudian anda pujilah bau nasi tu. Masa puji kena nampak gembira dan seronok ye! Kita hendak tambah keyakinan dan kepercayaan anak pada nasi tu.

Ibu bapa boleh cuba 6 langkah ini untuk ajar anak makan nasi

4) Anak SENTUH makanan

Untuk galakkan dan ajar anak bahawa nasi itu tidak bahaya dan boleh dimakan, anda boleh gunakan cara dengan mencalit sedikit nasi itu pada kawasan anggota badan anak yang jauh dari mulutnya.

Lama kelamaan, dekatkan calitan nasi tu pada bahagian yang semakin dekat dengan mulut anak. Bagi anak bermain dengan nasi tu dahulu.

Iklan

Untuk permulaan, anak mungkin akan ramas, baling, tepuk nasi di pinggan makan mereka. Jangan risau! Ini salah satu cara mereka buat diri mereka rasa selesa dan percaya pada nasi itu.

Baca juga Akad nikah di Kelantan kini dibenarkan dengan kehadiran 20 individu

5) Anak RASA makanan

Anda boleh ajar anak untuk rasa nasi itu. Ambil dalam kuantiti sedikit terlebih dahulu. Ajak anak untuk masukkan nasi itu ke dalam mulut dan kemam sekejap.

Kemudian luahkan ke dalam bekas yang lain.

Untuk permulaan, kalau anak tak kemam nasi dalam mulut lama-lama pun tak mengapa kerana kita mahu ajar supaya bahagian dalam mulutnya terbiasa dengan rasa dan bentuk nasi tu.

Iklan

Kemudian anda boleh ajar anak untuk kunyahkan nasi itu. Boleh ajar anak kunyah sebanyak dua ke tiga kali.

Kalau anak keluarkan semula makanan yang telah dikunyah itu tak mengapa. Jangan risau. Cuba lagi. Secara tidak langsung, anak akan belajar untuk telan nasi itu sedikit demi sedikit.

6) Bila anak dah berjaya melalui semua langkah ini, anak pun akan MAKAN nasi yang diberi kepadanya.

Anda boleh cuba gunakan cara ini pada makanan lain yang mahu diperkenalkan kepada anak. Tidak terhad untuk nasi sahaja. Boleh cuba dahulu.

Semoga bermanfaat!