VAKSINASI Covid-19 kepada murid, guru dan kakitangan sekolah mustahak untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian membabitkan jangkitan Covid-19 dan mengurangkan risiko penularan virus berjangkit itu kepada orang lain.

Belajar daripada pengalaman lalu di mana wujudnya kluster pendidikan yang tumbuh dengan cepat selepas persekolahan dibuka, ibu bapa kini boleh memeriksa tahap penerimaan pelalian berkenaan di kalangan kakitangan dan murid sekolah terbabit.

Bergerak ke fasa endemik tidak lama lagi dan #Reopeningsafely, ibu bapa boleh menyemak tahap peratusan vaksinasi sekolah anak-anak menerusi laman sesawang COVIDNOW.

Misalnya, bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya, untuk pelajar yang lahir 2009 atau sebelumnya setakat ini bagi sekurang-kurangnya satu dos adalah 93.5 peratus manakala yang mendapat dua dos vaksinasi berkenaan direkodkan sebanyak sembilan peratus.

Manakala bagi kakitangan termasuk guru dan staf sokongan, vaksinasi sekurang-kurangnya satu dos ialah 99.2 peratus. Jumlah yang sama direkodkan bagi yang mendapatkan dua dos pelalian tersebut.

Data suntikan vaksin juga turut menyenaraikan pecahan tahun kelahiran daripada tahun 2003 dan lebih awal sehingga pelajar yang lahir tahun 2008.

Data ini boleh diakses melalui pautan https://covidnow.moh.gov.my/school ibu bapa hanya perlu memasukkan butiran nama sekolah anak masing-masing bagi mengetahui status tahap vaksinasi sekolah mereka.

Baca juga: ”Disangka Aiskrim Rupanya…”Cecair Pelbagai Warna Dalam Plastik Jentik Hati Warga Maya

Iklan

Difahamkan, ciri pencarian sekolah itu dibangunkan secara bersama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Vaksinasi Covid-19 amat penting. Bagi yang belum mendapatkannya, lebih baik bertindak segera.

Perlu difahami alaupun seseorang telah menerima vaksin Covid-19, mereka masih boleh dijangkiti wabak itu tetapi kuantiti virus dalam badan pembawa adalah sedikit sekali gus menyebabkan kadar kebolehjangkitan semakin rendah.

Iklan

Bahkan, vaksinasi boleh mengelak pesakit dimasukkan ke hospital dan mengurangkan gejala teruk.

Baca juga: Uniknya Kanak-Kanak Ini, Miliki Nama 19 Perkataan, Keluarga Bimbang Tak Dapat Sijil Kelahiran

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Covidnow