Ibu bapa ‘sound’ tak bagi bawa makanan ringan dalam jamuan akhir tahun, ini reaksi Cikgu Fadli

Copy of Copy of gambar portal (40)
Copy of Copy of gambar portal (40)
A
A
A

DEK kerana ‘jajan’, terdapat segelintir ibu bapa sanggup memberi amaran kepada yang lain di grup WhatsApp agar tidak membeli makanan ringan untuk dihidang di jamuan akhir tahun di sekolah rendah.

Hal itu disuarakan guru Matematik, Cikgu Mohd Fadli Salleh yang turut mengakui bahawa jajan bukan makanan yang sihat.

Tetapi katanya, tidak salah untuk anak-anak makan sesekali kerana ia antara nikmat ‘kemanisan’ paling besar kepada mereka.

“Deretan jajan begini bagai hidangan syurga kepada kanak-kanak dan benar, jajan tak elok untuk kesihatan.

“Tapi untuk anak-anak, bagilah pengecualian sehari dua dalam setahun terutama saat jamuan kelas seperti ini.

“Bagi mereka merasa nikmat menjadi kanak-kanak. Kerana bila besar nanti dah tak senikmat makan masa zaman kanak-kanak,” katanya menerusi Facebook.

Tambahnya, makanan ringan itu memang tidak dapat dielakkan dalam jamuan maka ibu bapa yang melarang tersebut perlu mengawal emosi dan percaya kepada anak masing-masing.

“Ada orang memang sangat tegas bab makanan anak-anak. Habis dia marah dalam grup whatsApp, ‘warning parent’ jangan sesekali bawa jajan untuk jamuan kelas.

“Itu luar kuasa awak. Kuasa awak adalah didik anak-anak agar jangan sesekali makan jajan walau siapa pun yang hidangkan, bagi mereka yang patuh takkan sentuh walau kita tidak mengawasi,” ujarnya.

Mohd Fadli meminta ibu bapa berkenaan supaya muhasabah diri kerana orang lain tidak boleh mengikuti arahan mereka lebih-lebih lagi secara ‘paksaan’.

“Amboi tuan puan. Awak tak boleh nak ‘sound’ dan arah orang suruh ikut cara awak itu.

“Benarlah awak nak jaga anak awak agar makan makanan berkhasiat sahaja. Namun tetap tak boleh nak sound orang lain,” katanya.

Baca juga:Ibu masuk wad, cuti hanya 2 hari, anak ini nekad naik motor 290km dari Kulim ke Pasir Mas runtun hati warganet

Walau bagaimanapun, beliau tidak memgesyorkan kanak-kanak termasuk anaknya untuk makan makanan yang tidak sihat.

“Namun sesekali memang saya benarkan.

“Mereka kanak-kanak. Dan jajan itu salah satu syurga bagi mereka. Saya akan benarkan mereka 'masuk syurga' sekali sekala,” katanya.

Baca juga:Promosi tiket murah sempena cuti sekolah, cepat grab tawaran istimewa serendah RM68

Bukan budak-budak saja banyak perangai, kadang-kala ibu bapa pun boleh tahan ragamnya.

Apapun, perkara boleh selesai jangan bergaduh hal-hal remeh.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca