Ibu pening pegang duit raya anak banyak? Ini tempat simpan terbaik

BERAKHIRNYA Syawal yang diraikan penuh keriangan. Anak-anaklah golongan yang paling seronok setelah sakan mengumpul duit raya.

Pasti ibu bapa pun pening mencari di manakah tempat terbaik untuk simpan duit raya anak-anak.

Ada antaranya membenarkan anak-anak menggunakan duit raya tersebut untuk membeli apa sahaja, namun adalah lebih baik sebahagian duit tersebut disimpan untuk masa depan anak-anak.

Jadi ini tempat terbaik simpan duit raya anak;

1. Tabung Haji

Sekiranya anak anda belum mempunyai akaun Tabung Haji, ada baiknya anda membuka dan menyimpan di TH terlebih dahulu kerana dengan serendah RM100 deposit, anda boleh mendftarkan nama anak anda untuk giliran menunaikan Haji.

Selain itu, setiap dividen yang diberikan TH setiap tahun juga sudah ditolak dengan bayaran zakat jadi keuntungan yang anda dapat adalah bersih.

Mungkin bukan kesemua simpanan duit raya anak anda diletakkan di TH, tetapi simpan sedikit duit raya anak dalam TH agar apabila tiba giliran mereka untuk menunaikan Haji kelak, mereka mempunyai simpanan yang mencukupi.

2. Amanah Simpanan Bumiputera (ASB)

Dengan deposit serendah RM10, anda boleh menyimpan duit raya anak anda dalam ASB.

Dengan purata kadar dividen 5 – 7 peratus (berubah-ubah ikut prestasi pelaburan), ASB merupakan antara alternatif terbaik berbanding menyimpan duit raya anak anda di bank.

Maka, tak hairanlah ia menjadi salah satu instrumen paling popular untuk simpan duit raya anak!

Baca juga Tak perlu beratur panjang, mudahnya tukar duit raya di mesin, ini senarai ATM Maybank, Ambank & Affin Bank

Guna duit anak

3. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Anda juga boleh simpan duit raya anak anda dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) demi pendidikan masa hadapan anak-anak.

Selain dividen, terdapat pelbagai lagi manfaat menyimpan di SSPN antaranya takaful, geran sepadan, cabutan bertuah, pelepasan cukai dan banyak lagi.

4. Emas

Bagi yang mempunyai pengetahuan dalam pelaburan emas, boleh juga simpan duit raya anak dengan menukarkannya kepada emas.

Namun awas, pastikan pelaburan emas yang anda sertai adalah sah memandangkan ramai mangsa yang telah menjadi mangsa pelaburan emas akibat tidak mempunyai ilmu.

5. BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP)

Iklan

Anda juga boleh simpan duit raya anak anda di BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).

BSN SSP ialah produk mandat Bank Simpanan Nasional (BSN) di mana pelanggan boleh menyertai Cabutan BSN SSP dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik

SSP adalah produk BSN yang berasaskan konsep mudharabah dan patuh syariah.

Simpanan anda juga dijamin oleh kerajaan dan semua hadiah dikecualikan dari cukai pendapatan.

Baca juga Boleh ke ibu bapa guna duit raya anak kalau terdesak? Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

6 teknik simpan duit berkesan, boleh cuba untuk saat kecemasan

6. Simpan di bank

Iklan

Sekiranya anda benar-benar tidak yakin dengan mana-mana pilihan di atas, simpan sahaja duit raya anak anda dalam bank.

Jangan simpan di rumah kerana anda tidak akan mendapat sebarang dividen.

Walaupun dividen yang diberikan mungkin kurang berbanding mana-mana pilihan di atas, anda tetap mendapat dividen daripada setiap simpanan.

Baca juga Kena letak duit syiling dalam freezer sebelum bercuti atau balik kampung, ini sebabnya yang ramai tak tahu

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.