IKEA Cheras terpaksa ditutup sekali lagi akibat Covid-19

IKEA Cheras terpaksa ditutup sekali lagi akibat Covid-19
IKEA Cheras terpaksa ditutup sekali lagi akibat Covid-19
A
A
A

HUJUNG Januari lalu, gedung perabut terkemuka, IKEA cawangan Cheras dilaporkan terpaksa menghentikan sementara operasinya susulan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pusat pemborong perabot itu.

Terbaharu, IKEA Malaysia sekali lagi memaklumkan beberapa pekerja dan kakitangan perkhidmatan di cawangan sama sekali lagi disahkan positif Covid-19.

Dalam satu kenyataan, syarikat perabot itu memaklumkan semua yang terlibat telah kuarantin kendiri sehingga notis lanjut daripada pihak berkuasa.

Artikel berkaitan : IKEA Cheras Terpaksa Ditutup Gara-Gara Kes Covid-19, Pengguna Twitter Sindir, “Cawangan Damansara Ada Lagi”

Menurut IKEA, kali terakhir pekerja mereka yang disahkan positif itu hadir bekerja ialah antara 8 hingga 14 Februari lalu.

“Kami mengambil langkah pencegahan untuk menutup Ikea Cheras pada 19 Februari bagi membolehkan proses sanitasi dan pengesanan kontak selari dengan piawaian Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan mereka di Facebook hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak syarikat akan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sepanjang tempoh kuarantin yang telah ditetapkan.

“Kami akan terus melakukan semua langkah keselamatan yang diperlukan termasuk penggantian rakan sekerja, penelusuran kontak, ujian saringan, kuarantin untuk semua kontak rapat dan pembersihan premis,” jelasnya.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Najib Razak juga pernah mempersoalkan keputusan kerajaan apabila membenarkan perniagaan besar seperti gedung perabot IKEA dan rangkaian kedai emas Habib Jewels beroperasi semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, tetapi peniaga kecil tidak dibenarkan berbuat demikian.

Najib berkata, kerajaan perlu adil kepada semua pihak, serta mempersoalkan apakah gedung perabot itu termasuk dalam perkhidmatan perlu (essential service), ketika ramai peniaga kecil lain tidak dibenarkan berniaga.

Akibatnya, setiap minggu ramai pengunjung dilihat membanjiri gedung perabut tersebut dan kanak-kanak serta warga emas juga dibenarkan berkunjung walaupun ia tidak digalakkan.

IKEA Malaysia, 19 Feb 2021: Following one of our scheduled routine tests at our Cheras store, we are sad to announce we...

Posted by IKEA on Thursday, 18 February 2021

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca