Individu layak dos penggalak, belum vaksin kini boleh daftar 'walk-in'
BERITA baik buat orang ramai. Bagi mereka yang layak untuk menerima suntikan dos penggalak (Booster Shot) kini sudah boleh melakukan pendaftaran secara walk-in.
Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak - Booster (CITF-B) dalam satu kenyataan, pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara walk-in di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara akan bermula pada 22 November 2021.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Pendaftaran secara walk-in ini akan dilaksanakan bagi;
- Individu yang layak pemberian dos penggalak;
- Individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu;
- Individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin Covid-19;
- Individu yang terlepas janji temu vaksin; dan
- Remaja berusia antara 12-17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi
Walau bagaimanapun menurut kenyataan itu, buat masa ini, keutamaan pemberian dos penggalak kepada;
1. Petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan
2. Individu berusia 40 tahun dan ke atas
3. Individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi
4. Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang
5. Ibu mengandung
6. Keperluan ke luar negara
Dengan pendekatan ini, CITF-B percaya ia akan memudahkan dan menggalakkan individu yang layak untuk secara sukarela menerima dos penggalak lebih awal tanpa perlu menunggu lebih lama.
Mereka yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.
Pendekatan seumpama itu juga akan membantu kerajaan memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optima.
Selain pendaftaran secara walk-in ke PPV fasiliti kesihatan swasta, pendaftaran juga boleh dilakukan melalui telefon dan emel.Baca juga [VIDEO] Cara mohon dos penggalak untuk tunai umrah, ikuti 4 langkah mudah
Dalam pada itu, orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan walk in/telefon/email untuk daftar temujanji ini melalui www.protecthealth.com.my bermula 22 November 2021.
Setakat ini, lebih satu juta dos penggalak telah diberikan kepada mereka yang layak di seluruh negara dan kerajaan kini dalam usaha untuk meningkatkan usaha pemberian dos penggalak bagi memastikan tempoh perlindungan yang optima dapat dicapai.
Justeru, bagi yang ingin mendapatkan dos penggalak dengan cepat, manfaatkan peluang daftar secara walk-in ini.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang