Ingin hasilkan telur dadar tampak lebih gebu dan besar? Mudah sahaja, inilah caranya...

A
A
A

TEKNIK masakan yang berbeza-beza mampu menghasilkan hidangan yang berlainan meskipun menggunakan bahan yang sama.

Begitu juga kalau anda ingin menghasilkan telur dadar yang gebu.

Terdapat teknik atau cara yang boleh diguna pakai bagi menghasilkan telur dadar yang gebu, bukan main 'taram' saja

Berikut dua teknik yang bebeza dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook Nur Masyitah:

1. Teknik pertama.

  • Pukul telur putih dan telur kuning di dalam satu bekas dan kemudian goreng.

2. Teknik kedua.

  • Asingkan kuning telur dan putih telur. Kemudian, pukul kedua-dua bahan itu di dalam bekas yang berasingan. Putih telur dipukul sehingga kembang seakan-akan awan putih
  • Kemudian, kuning telur digaul dengan perlahan ke dalam bekas yang mengandungi putih telur tadi dan kemudian goreng.

Kedua-dua teknik itu menggunakan bahan yang sama, tetapi hasilnya berbeza.

"Telur dadar yang dihasilkan dengan stail kedua akan lebih gebu daripada teknik pertama. Ini kerana apabila putih telur dipukul, anda sebenarnya sedang menambahkan udara pada putih telur.

"Udara yang terperangkap menghasilkan buih-buih seperti awan putih tadi dan meningkatkan isipadu telur. Hasilnya telur dadar tampak lebih gebu dan lebih besar berbanding teknik pertama," terangnya.

Hebat bukan?

Hanya dengan mengubah cara masakan saja mampu menghasilkan produk yang berbeza.

Baca juga: Pelik tengok kuning telur ada pelbagai tona warna, selamatkah untuk dimakan? Ikuti penjelasan pakar

Selain teknik pukulan, beritahu beliau, kesegaran dan suhu telur juga memainkan peranan dalam penghasilan buih yang stabil.

Selamat mencuba!

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca